– Haris Zuan
The Malaysian Insider
26 January 2015
Peristiwa 13 Mei ialah isu eksklusif Umno-Barisan Nasional (BN) dan orang lain yang mahu menyebut, dan apatah lagi membincangkannya, boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.
Hanya Umno bebas menggunakan isu 13 Mei (versi mereka sudah tentu) untuk membodoh dan menakut-nakutkan bangsa Malaysia, khasnya orang Melayu dan Cina.
Namun, kali ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengeluarkan ancaman yang biasanya hanya dilaungkan oleh Umno – 13 Mei akan berulang jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula – dan kali ini Umno tidak pula marah dengan kenyataan Hadi Awang ini.
Kisah ini awalnya mudah sahaja. PAS membangkitkan isu pilihan raya kerajaan tempatan kerana mahu menyanggah dakwaan bukan hudud sahaja yang tidak diputuskan secara bersama di peringkat Pakatan Rakyat, pilihan raya kerajaan tempatan juga – yang diperjuangkan oleh Pulau Pinang dan Selangor.
Maka, dengan menggunakan logik ini, pada PAS, menjadi hak Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut secara bersendirian (atau dengan kerjasama Umno – parti pemerintah yang hanya menunjukkan minat terhadap Hudud setiap kali terdesak kehilangan kuasa). Continue reading “Hadi, ketahuilah, 13 Mei mustahil berulang”