– Eric Paulsen
The Malaysian Insider
15 December 2014
Walaupun ditentang hebat pelbagai pihak, PAS dalam kebijaksanaannya masih lagi berkeras sekarang waktu yang sesuai untuk melaksanakan hudud di Kelantan dan akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri Khas pada 29 Disember ini untuk mengemukakan satu pindaan terhadap Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2014).
Hudud merupakan sebahagian undang-undang jenayah Islam yang memperuntukkan hukuman paling keras yang dapat dibayangkan, lantaran versinya di Kelantan termasuklah merejam sehingga mati (dengan batu bersaiz sederhana), kematian diikuti dengan penyaliban, pemotongan anggota badan dan sebatan.
Hukuman sedemikian sudah tidak ada tempatnya pada zaman ini atau mana-mana masyarakat moden dan demokratik kerana ia melibatkan penyeksaan, hukuman kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Walaupun PAS dan penyokong hudud tidak bimbang dan secara membuta-tuli yakin semuanya akan baik-baik belaka dengan pelaksanaannya, meskipun tiada asas bagi andaian hudud akan berjalan dengan lancar di Malaysia, sepertimana ia gagal di kesemua negara yang melaksanakan hudud seperti di Sudan, Somalia, Nigeria Utara, Afghanistan dan Pakistan.
Malah, sebaliknya yang benar, hudud menjadi perkataan yang menunjukkan ketidakadilan yang dilakukan atas nama Islam, terutamanya terhadap kanak-kanak perempuan dan wanita.
Kita ketepikan sebentar isu sama ada keadaan adalah bersesuaian di bawah falsafah perundangan Islam bagi hudud dilaksanakan, sama ada ia menepati Perlembagaan atau wajar diamalkan dalam sebuah negara seperti Malaysia.
Ramai rakyat Malaysia mempersoalkan, seberapa adil, saksama dan praktikal untuk hudud dilaksanakan di Kelantan sahaja manakala negeri-negeri lain di negara ini atau warga bukan Islam seolah-olah sepatutnya tidak akan terjejas langsung.
Oleh demikian, saya kumpulkan 20 soalan yang paling kerap ditanya untuk PAS –dan saya berharap PAS akan bertanggungjawab memberikan jawapan yang sewajarnya dan bukan hanya sekadar menyeru nama Allah, yang kebiasaannya menutup ruang dan mengakhiri semua perbincangan lanjut. Continue reading “Hudud: 20 soalan untuk PAS”