Wawancara
Roketkini
30 September 2014
Langkah novelis Pelacur Kelas Pertama Melati Rahim menyertai DAP secara senyap-senyap hampir sahaja mengabsahkan perawakan separa ninja yang dibawanya. Ya, Melati gadis berpurdah. Tutup semua, sehingga yang kelihatan hanyalah dua biji matanya.
Langkah ninja Melati disusun melalui cerpennya di Roketkini, yang menyelitkan di hujung tulisan bahawa Melati ini ahli DAP. Dengan harapan, ada mana-mana media yang mengutip maklumat tersebut. Ternyata ada, boleh baca di sini.
Gadis Melayu berpurdah masuk DAP bukan perkara biasa. Malah ada yang di dalam DAP sendiri masih terkejut dengan “Melati Move” ini. Sebenarnya, Roketkini sudah dudukkan Melati dan bertanyakan tujuan menyertai DAP secara bertentang mata.
Adakah sebab banyak orang menghalang-halang Melayu dari mendekat dengan DAP maka kau pun macam ‘ahhh.. aku nak masuk DAP lah’
Tak tak tak.. Aku masuk DAP bukan sebab tu. Aku tengok Perlembagaan DAP dan aku perhatikan sikap beberapa orang wakil rakyat DAP. Aku pergi rumah mereka ni… rumah mereka sangat biasa. Membuatkan aku rasa ‘alahai normal betul’.
Ada yang cakap pada aku ‘Kalau nak masuk parti, jangan fikir nak jadi YB. Kita kena fikirkan perjuangan dan perjuangan kita adalah untuk rakyat’. Benda ini aku tak nampak pada parti lain.
Sepanjang empat tahun aku beraktivisme, aku perasan bahawa apa sahaja suara dan aktiviti yang aku buat, orang tak peduli pun, keselamatan aku tak terjamin dan aku tak ada sokongan. Jadi aku masuk parti sebagai wakil aktivis yang tidak masuk parti, aku mahu jadi wakil suara aktivis.
Jadi sebelum ni kau seorang yang ‘apolitikal’ dan memilih untuk meninggalkan ‘prinsip’ tu kerana?
Aku rasa suara aktivis ni suara yang agak minoriti. Tak semua mahu dengar suara aktivis. Kalau tak orang parti bersama mereka, siapa lagi yang nak bersama mereka? Jadi sekurang-kurangnya ada dari kalangan aktivis yang menyertai parti politik yang boleh sampaikan suara mereka.
‘Suara’ ni suara apa sebenarnya? Apa yang ‘suara’ ni mahukan?
Banyak isu yang aktivis suarakan. Isu Ali Abd Jalil contohnya (yang ditahan 20 hari untuk siasatan di bawah Akta Hasutan), dan isu-isu wanita, anak-anak kurang upaya. Aku sekarang kerja di sebuah rumah amal yang tempoh hari dapat jemputan sambutan hari raya, tetapi terang-terang ditulis di situ jemputan untuk anak-anak normal. Apa anak-anak kurang upaya ni tak berhak sambut hari raya? Sedangkan mereka pun berpuasa.
Dan sebagai aktivis yang buat kerja-kerja amal, ada masanya kami perlukan bantuan dan mobilisasi tenaga kerja. Parti politik ada sumber-sumber ini, untuk membantu para aktivis.
Rumah amal? Cuba cerita sikit.
Ada satu rumah amal ni dekat Teluk Intan. Rumah ni dia jaga semua; warga tua, anak tak sah taraf, orang tak sempurna akal, orang kurang upaya, semua ada. Di situ aku buat kerja sukarela. Walaupun sebenarnya bidang tugas aku kerja pejabat, tapi sebab rumah ni cuma ada empat orang pekerja dan 70 orang penghuni, jadi aku buat semua dan bantu mana yang patut.
Pagi-pagi aku mandikan budak-budak, bersihkan tempat tidur, suapkan makan, pergi pasar beli barang-barang dapur. Dan rumah ni tak ada pekerja lelaki, dan selalunya yang datang bekerja hanya bertahan sehari atau sekadar bertahan waktu temuduga, lepas tu terus tak datang.
Dan kau sanggupkan kenapa?
Sebab aku rasa kalau bukan aku, siapa lagi nak tolong? Aku sentiasa fikir macam tu. Sebenarnya aku habis kerja di situ bulan Ogos, tapi aku anjakkan lagi tiga bulan.
Tentang penulisan kau. Adakah penulisan dan aktivisme kau campur adukkan?
Buku aku (Pelacur Kelas Pertama) adalah salah satu inisiatif aku untuk membantu rumah tadi dari segi kewangan. 10% dari hasil jualan buku aku dibagi ke rumah tu. Kadang-kadang aku tak ambil pun. Sebab bagi aku kalau aku nak duit, aku boleh buat dengan cara lain. Aku boleh kerja dengan kudrat sendiri. Penulisan tu hanya setakat aku keluarkan idea, dan mungkin itu sahaja cara untuk aku bantu orang.
Aku tulis buku dalam keadaan aku menangis kot. Ada bahagian-bahagian yang aku menangis, terutama bab penderaan rumah tangga, kisah watak yang dijual keluarga supaya jadi pelacur; aku nangis. Cerita tu memang aku tulis dengan penuh emosi. Dengan penuh rasa kasih sayang dan cinta.
Kau liberal?
Apa tu liberal? Cuba bagi definisi.
Ya lah, maksudnya tak konservatif. Percaya bahawa sesebuah rupabangsa itu tak tertafsir dengan nilai-nilai yang kaku, tetapi lebih cair.
Ok.
Sebagai orang yang ‘liberal’ dan berpurdah pula, kau tak rasa masuk DAP ni macam…
Melanggar norma? Kalau orang lain ada hak untuk buat apa yang dia nak dan percaya, kenapa aku kena halang hak aku untuk buat apa yang aku nak? – Roketkini.com
Been reading her book. For someone who has all the appearance of devout Muslim, she is not very conforming and writes and raise questions about issues that are disturbing yet does not overtly challenges her religion. Perhaps its why its most disturbing for her to join DAP is because it fits in exactly her core trait – DAP also raises disturbing questions but these days does not carelessly confront their opposition.
But its one thing to be fundamentally similar, its another turn that into political reality..
Y NINJA?