Dr Maza
The Malaysian Insider
20 June 2014
Pada 2011, bulan Disember, semasa menyampaikan ucapan di Oxford, sempena 400 Bible King James, Perdana Menteri UK David Cameron menyebut: “UK is a Christian country and we should not be afraid to say so”.
Sekalipun dalam penghayatan politik UK, elemen agama Kristian kelihatan amat lemah sehingga David Cameron itu sendiri turut menyokong hak berkahwin golongan gay yang ternyata bercanggah dengan pegangan agama Kristian, namun beliau tetap mengakui nilai agama bagi negara UK.
Polemik
Semasa masih kecil, saya masih ingat bagaimana kami di sekolah agama sering dibawa berbincang apakah Malaysia sebuah negara Islam ataupun negara kafir sekular? Pada umumnya kami semua difahamkan bahawa negara Malaysia ini sebuah negara sekular. Itulah sifat Malaysia berdasarkan ceramah-ceramah politik yang kami dengar.
Kepercayaan seperti itu masih dianuti oleh ramai golongan yang dikatakan ‘beragama’ dalam negara ini. Mereka melebelkan negara ini sebagai negara kafir ataupun sekular. Dulu ia berlegar dalam kalangan mereka yang minat agama Islam.
Hari ini keadaan berubah apabila non-Muslim juga mendakwa hal yang sama, cuma dengan tujuan yang berbeza. Jika dahulu dakwaan itu bertujuan membangkit semangat agar Islam itu lebih ditekankan pelaksanaannya di Malaysia, kini tujuannya agar elemen Islam itu tidak patut ditekankan dalam pentadbiran Malaysia kerana itu bercanggah dengan sifat negara ini. Continue reading “Apakah Malaysia sebuah negara Islam?”