Nur Jazlan
The Malaysian Insider
April 22, 2014
Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang bekas Pengerusi DAP, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan peguam terkenal, mendiang Karpal Singh terutamanya anak mendiang, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong, atas kematian bapanya dalam kemalangan tragis pada awal pagi Jumaat lalu.
Sesungguhnya, mungkin ini kali pertama majlis pengebumian seorang tokoh pembangkang menerima penghormatan tertinggi daripada sebuah negeri dan kematian mendiang Karpal Singh diratapi bukan sahaja ahli keluarganya, rakan-rakan atau ahli DAP tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.
AT-M Ad
Walaupun tidak mengenali mendiang Karpal Singh yang turut dikenali dengan gelaran ‘Tiger of Jelutong’ secara peribadi, tetapi saya amat kagum dengan kesungguhan serta perjuangan beliau yang tidak berbelah bahagi dalam sistem perundangan negara serta kancah politik negara.
Secara tidak langsung, perjuangan politik mendiang Karpal Singh selama 40 tahun lebih kurang sama dengan arwah ayahanda saya, Tan Sri Mohamed Rahmat atau Tok Mat dan mereka juga adalah rakan ketika sama-sama menjadi Ahli Dewan Rakyat bermula sekitar tahun 70-an.
Jika ada yang beranggapan bahawa dengan pemergian mendiang Karpal Singh buat selama-lamanya akan mengubah hala tuju perjuangan parti DAP, saya tidak yakin ia akan berlaku memandangkan parti itu berada dalam ‘kelasnya’ tersendiri dalam kancah politik negara yang begitu mencabar. Continue reading “Perjuangan mendiang Karpal Singh vs perjuangan Umno dan BN”