Sememangnya wajar pihak polis meminta maaf kerana tersilap mendakwa gambar seorang lelaki yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi polis adalah gambar seorang anggota polis yang cedera semasa bertugas ketika protes anti kenaikan harga pada Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka.
Laman Facebook rasmi polis telah memuat naik gambar seorang lelaki tidak berbaju dan cedera di kepala yang disangka sebagai seorang pegawai polis yang bertugas ketika perhimpunan anti-kenaikan harga pada malam Selasa yang lalu.
Gambar itu disangkal oleh banyak pengguna internet yang mengatakan bahawa ia tidak konsisten dengan kenyataan polis sendiri bahawa tiga pegawai polis yang bertugas telah cedera di bahagian tangan.
Pihak polis telah mengakui kesilapan tersebut dan meminta maaf atas ketidakpekaan memuat naik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baru.”
Continue reading “Polis sepatutnya menunjukkan rasa kesal secara bersungguh-sungguh kerana mendakwa gambar seorang lelaki yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi polis adalah gambar seorang anggota polis yang cedera ketika protes pada Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka dengan menerapkan prinsip demokratik dalam menjalankan tugas memelihara kesejahteraan orang ramai dan bukan hanya kerajaan”