– SM Mohamed Idris
The Malaysian Insider
December 07, 2013
Kami dukacita di atas cadangan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai kepercayaan umat Islam di Malaysia dan merayu supaya mempertimbangkan semula perkara itu kerana ia mempunyai implikasi serius ke atas perpaduan umat Islam dan komitmen antarabangsa Malaysia.
Kami percaya cadangan yang dibuat itu adalah respons kepada kempen anti Syiah pada masa ini yang sedang dijalankan oleh kumpulan tertentu yang dipengaruhi dan disokong oleh ulama Salafi yang bersikap melampau.
Islam itu satu dan tiada Islam Sunni atau Islam Syiah. Terdapat perbezaan mazhab dan orang Islam bebas untuk mengikuti mana-mana mazhab. Sebarang cubaan untuk menafikan hak sesuatu mazhab akan hanya membawa kepada perpecahan dan konflik dalam kalangan umat Islam dan melemahkan usaha yang sedang diusahakan untuk menyatupadukan umat Islam bagi menghadapi cabaran dari kuasa hegemoni, diktator dan pemerintah autokratik.
Pada Julai 2005, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh 24 ulama paling kanan dalam agama Islam termasuk Ulama Sunni, Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Sheikh Dr. Yusuf Abdullah Al-Qaradawi, Mufti Pakistan Muhammad Taqi Uthmani dan Ulama Syiah Ayatollah Al-Sayyid Ali Khameni dan Ayatollah Al-Sayyid Ali Al-Sistani, Raja Abdullah II dari Jordan telah menganjurkan satu persidangan Islam antarabangsa yang dihadiri oleh 200 sarjana Islam terkemuka dunia dari 50 negara yang telah menerima fatwa tersebut, iaitu: Continue reading “Pupuk perpaduan sesama Islam”