Sambil 27,222 pengundi dalam Dewan Undangan Negeri Sungai Limau di Kedah mengundi hari ini untuk menentukan siapa akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri mereka, sama ada calon PAS/Pakatan Rakyat Mohd Azam Abdul Samat atau calon Umno/Barisan Nasional Ahmad Sohaimi Lazim, satu persoalan sepatutnya difikirkan oleh semua parti politik dan pemimpin, iaitu mengapa politik Malaysia terjerumus ke tahap paling hina dengan pembohongan berterusan?
Kempen Umno/BN dalam pilihanraya kecil Sungai Limau bermula dengan pembohongan tentang DAP yang kononnya mahu membentuk negara Kristian, menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan, anti-Melayu dan anti-Islam.
MCA turut tumpang berbohong dengan mendakwa bahawa walaupun lebih 50% dari 1,842 pengundi Cina di Sungai Limau adalah ahli MCA, hanya 10% pengundi Cina di sana mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya umum pada 5 Mei 2013 lalu.
Seperti yang saya sebutkan sewaktu berkempen di Sungai Limau Dalam dua hari lalu, sekitar 1,400 dari 1,842 pengundi Cina keluar mengundi dalam pilihanraya umum lalu dan daripada jumlah itu PAS/PR mendapat sekitar 800 undi dan BN meraih sekitar 600 undi – iaitu sekitar 55% mengundi PAS/PR dan 45% mengundi Umno/BN.
Dengan mendakwa PAS/PR mampu mendapat 90% daripada undi Cina di kawasan luar bandar seperti Sungai Limau, tidakkah dengan itu MCA seolah-olah mengatakan bahawa PR telah mencapai sesuatu yang mustahil, iaitu dengan mendapatkan 150% undi Cina di kawasan bandar?
1842 orang pengundi Cina di Sungai Limau tertumpu di lima pusat pengundian:
Simpang Tiga (26% Cina), Sungai Limau (19% Cina), Kabu Sepuloh (10.2% Cina), Batu Enam Belas (12.1% Cina) dan Kampung Titi Batu (13.4%).
Analisis DAP ke atas trend pengundian pengundi Cina di Sungai Limau yang telah saya terima seperti berikut:
Continue reading “Mengapa politik Malaysia terjerumus ke tahap paling hina dengan pembohongan berterusan?”