Tahniah diucapkan kepada pimpinan dan perwakilan PAS atas kejayaan melaksanakan Muktamar ke-59 di peringkat kebangsaan, pemuda, dan wanita dengan lancar sehingga menggagalkan usaha para penyusun konspirasi Umno yang telah bekerja lebih masa menerusi media sosial di ruang siber untuk mewujudkan perseteruan dan perpecahan dalam PAS dan untuk menghancurkan kesatuan matlamat Pakatan Rakyat. Muktamar yang baru berlangsung itu memberi harapan kepada majoriti rakyat Malaysia yang percaya bahawa politik dua pakatan di Malaysia masih hidup dan bertenaga.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyedarkan semua orang apabila beliau menyebut dalam ucapan penggulungannya bagi Muktamar ke-59 itu bahawa PAS tidak akan berkembang ke luar pantai timur semenanjung jika parti itu tidak menyertai Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.
Kata Sabu:
“Kalau PAS berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (utara Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).
“Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan Insya Allah sampai ke Johor.”
Pada tahun 1999, PAS mendapat faedah besar daripada kemarahan orang terhadap BN berikutan krisis politik dan ekonomi 1998 sehingga ia memenangi 27 kerusi parlimen dan 98 kerusi DUN, menjadikannya parti pembangkang terbesar.
Continue reading “Keutamaan bagi Pakatan Rakyat ialah untuk membentuk majlis strategik peringkat tertinggi untuk menyusun rancangan menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang”