Keratan gambar grafiti “jenayah tinggi” oleh seniman jalanan kelahiran Lithuania Ernest Zacharevic kini bukan saja boleh dilihat di Johor Baru malah juga di beberapa tempat lain dalam negara ini.
Menurut laporan, keratan berkenaan mula muncul di Kuala Lumpur dan Rawang dan tidak lama lagi ia tentu boleh dilihat di seluruh negara.
Ini pengajaran buat semua pihak berkuasa – semakin besar tekanan diberikan oleh pihak berkuasa tanpa sebab yang munasabah, semakin panas reaksi orang ramai.
Zacharevic boleh berterimakasih kepada beberapa pihak berkuasa, khususnya Majlis Bandaraya Johor Baru dan Kerajaan Negeri Johor kerana berkat tindakan mereka ke atas mural “jenayah tinggi” beliau di JB, namanya masyhur bukan hanya di JB, Johor, dan Malaysia, malah juga di peringkat dunia dalam zaman maklumat yang memungkinkan sesuatu berita disebarkan dengan cepat dalam dunia tanpa batas.
Continue reading “Pengajaran daripada kes Zacharevic untuk pihak berkuasa – semakin besar tekanan diberikan oleh pihak berkuasa tanpa sebab yang munasabah, semakin panas reaksi orang ramai”