Sambil 27,222 pengundi dalam Dewan Undangan Negeri Sungai Limau di Kedah mengundi hari ini untuk menentukan siapa akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri mereka, sama ada calon PAS/Pakatan Rakyat Mohd Azam Abdul Samat atau calon Umno/Barisan Nasional Ahmad Sohaimi Lazim, satu persoalan sepatutnya difikirkan oleh semua parti politik dan pemimpin, iaitu mengapa politik Malaysia terjerumus ke tahap paling hina dengan pembohongan berterusan?
Kempen Umno/BN dalam pilihanraya kecil Sungai Limau bermula dengan pembohongan tentang DAP yang kononnya mahu membentuk negara Kristian, menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan, anti-Melayu dan anti-Islam.
MCA turut tumpang berbohong dengan mendakwa bahawa walaupun lebih 50% dari 1,842 pengundi Cina di Sungai Limau adalah ahli MCA, hanya 10% pengundi Cina di sana mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya umum pada 5 Mei 2013 lalu.
Seperti yang saya sebutkan sewaktu berkempen di Sungai Limau Dalam dua hari lalu, sekitar 1,400 dari 1,842 pengundi Cina keluar mengundi dalam pilihanraya umum lalu dan daripada jumlah itu PAS/PR mendapat sekitar 800 undi dan BN meraih sekitar 600 undi – iaitu sekitar 55% mengundi PAS/PR dan 45% mengundi Umno/BN.
Dengan mendakwa PAS/PR mampu mendapat 90% daripada undi Cina di kawasan luar bandar seperti Sungai Limau, tidakkah dengan itu MCA seolah-olah mengatakan bahawa PR telah mencapai sesuatu yang mustahil, iaitu dengan mendapatkan 150% undi Cina di kawasan bandar?
1842 orang pengundi Cina di Sungai Limau tertumpu di lima pusat pengundian:
Simpang Tiga (26% Cina), Sungai Limau (19% Cina), Kabu Sepuloh (10.2% Cina), Batu Enam Belas (12.1% Cina) dan Kampung Titi Batu (13.4%).
Analisis DAP ke atas trend pengundian pengundi Cina di Sungai Limau yang telah saya terima seperti berikut:
“Sokongan pengundi Cina kepada PAS dianggarkan pada tahap antara 45% hingga 55% di kawasan-kawasan ini (dengan mengandaikan sokongan Melayu terhadap PAS di kawasan ini sekitar 50%).
“Sokongan pengundi Cina kepada PAS dari tahun 2008 hingga 2013 tampak meningkat. Di Simpang Tiga yang mempunyai 26% pengundi Cina, sokongan terhadap PAS meningkat sebanyak 9.7% antara tahun 2008 hingga 2013. Dianggarkan sokongan pengundi Cina kepada PAS di Sungai Limau pada tahun 2008 berada pada kadar 40% hingga 45%. Bererti, sokongan pengundi Cina terhadap PAS telah meningkat sekitar 5% hingga 10% antara tahun 2008 dan 2013.”
Jadual 2: Sokongan terhadap PAS di tahun 2008 dan 2013 di 5 pusat undi yang mempunyai bilangan pengundi Cina paling tinggi
KOD AND DM | Cina% | PAS%2013 | PAS%2008 | 2013-2008 |
---|---|---|---|---|
SIMPANG TIGA 012/20/07 | 26.3% | 47.2% | 37.5% | 9.7% |
SUNGAI LIMAU 012/20/10 | 19.0% | 49.4% | 46.9% | 2.5% |
KABU SEPULOH 012/20/11 | 10.2% | 50.7% | 50.9% | -0.2% |
BATU ENAM BELAS 012/20/16 | 12.1% | 58.1% | 62.0% | -3.9% |
KAMPUNG TITI BATU 012/20/17 | 13.4% | 59.2% | 56.3% | 2.9% |
MCA cuba menimbulkan senario bahawa mereka hanya mendapat 10 peratus undi pengundi Cina di Sungai Limau dalam pilihanraya lalu untuk membolehkan mereka meraih lebih daripada 10% undi dalam pilihanraya kecil kali ini bagi membolehkan mereka mendakwa bahawa kaum Cina telah kembali kepada Barisan Nasional.
Tiada alasan untuk menghalalkan penggunaan pembohongan oleh MCA dalam pilihanraya kecil ini.
Jika dakwaan MCA itu benar, mereka sepatutnya telah menyangkal kenyataan saya pada Sabtu yang lalu juga. Tidak menghairankan apabila tiada sanggahan dikemukakan MCA sejak dua hari lalu kerana ternyata mereka beralih kepada taktik pembohongan.
Pembohongan yang disebarkan sepanjang kempen pilihanraya kecil Sungai Limau amat mengejutkan saya. Ia disebarkan bukan saja di kawasan tersebut tetapi juga menerusi Internet.
Antara pembohongan yang disebarkan menyebut:
“Malah bukan secara kebetulan Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang adalah salah seorang ahli keluarga Illuminati …….Ada 13 keluarga yang membawa bloodline Illuminati, dan salah satu darinya ialah keluarga Li. Di Malaysia panggilan Li di tukar kepada Lim seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dan di Singapura Lee. Ramai yang tak tahu Lee Kuan Yew serta Lim Kit Siang adalah sepupu.”
Tiada seorang pun Cina di Malaysia akan mempercayai dakwaan karut sedemikian yang menyebut “Li” digunakan secara berganti-ganti dengan “Lim” di Malaysia dan “Lee” di Singapura. Namun, banyak orang bukan-Cina yang mungkin membuat tanggapan salah. Dakwaan tentang “Illuminati” juga sama sekali tidak berasas dan adalah satu fitnah.
Tetapi yang lebih mengejutkan ialah apabila MCA dan Gerakan sanggup menjadi alat bagi pembohongan terang-terangan sedemikian.
Ada banyak lagi pembohongan yang ditaburkan di Sungai Limau yang ditujukan bukan saja kepada pemimpin-pemimpin DAP tetapi juga pemimpin PAS dan PKR.
Sanggupkah para pemimpin Umno dan Barisan Nasional menyertai para pemimpin PR untuk mengutuk pembohongan yang disebarkan dalam kempen pilihanraya sepertimana para pemimpin Pakatan Rakyat sanggup menyertai pemimpin BN untuk mengutuk taktik pembohongan dan serangan peribadi dalam kempen pilihanraya ke arah pilihanraya yang bersih dan telus?
Undi Pas leibh baik undi lanun serta pencuri Barisan MP yang tiap tiap tahun tiada pernah gaglh gasak saku Negara.Nama lim boleh jadi nama Li dan sebalik nya,langsung tak masuk akal sekali,bangang la orang yang boleh fikir perkara sebodoh ni.Pi la makan tahi lembu NFC ternakan mamak Shacicak kalau ingat cipta kelakar ni untuk menang undi.BODOH TAK TERHINGGA!!! ADOi……….hahahahaha
Orang-orang yang hanya boleh guna A11ah itu di Malaysia barat boleh menipu macam ini kah? Dosa tu. Iblis namanya.