– Prof Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi
The Malaysian Insider
October 19, 2013
Saya ingin berkongsi suatu perkara yang penting yang telah berlaku sejurus selepas kuliah saya di UTM baru-baru ini.
Dua orang mahasiswa Melayu datang ke pejabat saya untuk bertanyakan beberapa isu. Pada kebiasaannya mahasiswa atau mahasiswi yang datang ke pejabat saya akan bertanyakan tentang soalan berkaitan senibina dan juga tugasan yang diberikan.
Tetapi, pada hari itu, kedua-dua mahasiwa ini telah bertanyakan tiga soalan yang kini seluruh negara kita sedang berhadapan tetapi tidak terjawab. Saya perturunkan tiga soalan ini dengan jawapan saya tetapi sebahagian jawapan saya adalah soalan kepada pucuk pimpinan universiti awam dan pimpinan negara. Ketiga-tiga soalan itu berkisar terhadap isu ketamadunan, perkauman dan kemanusiaan.
Soalan pertama yang telah diajukan kepada saya oleh salah seorang dari dua orang mahasiswa yang hadir ke pejabat saya di UTM adalah:
“Dewasa ini kita sering dengar banyak sekali yang diperkatakan tentang Islam oleh ustaz-ustaz dan tokoh-tokoh ugama. Tetapi yang saya pelik adalah dalam melaut perbincangan tentang ugama Islam, kenapa tahap kemanusiaan kita makin hari makin rendah?” Continue reading “Tiga soalan “ketamadunan” untuk Naib Canselor dan Menteri”