by Zairil Khir Johari
The Malaysian Insider
August 31, 2013
Selama 56 tahun, rakyat Malaysia tanpa gagal menyambut satu perayaan yang cukup besar maknanya. Perayaan yang mengingatkan kita betapa berharganya nikmat hidup dalam keadaan bebas daripada cengkaman penjajah.
Dalam pada itu, umum juga menyedari bahawa penghayatan sambutan kemerdekaan bukan sekadar menggantungkan bendera kecil di kenderaan masing-masing, berdiri tegak di dalam pawagam semasa lagu Negaraku dimainkan atau berhimpun menunggu percikan bunga api pada detik 12 tengah malam.
Sebaliknya, kemerdekaan adalah sesuatu usaha pembinaan negara bangsa yang berterusan. Kemerdekaan bererti bahawa setiap anggota masyarakat memiliki hak dan tanggungjawab bersama untuk menentukan corak dan masa depan negara ini.
Kemerdekaan bererti bahawa pilihan rakyat menjadi pilihan keramat. Kemerdekaan bererti bahawa setiap insan yang bergelar rakyat dimartabatkan dengan kehidupan yang bermaruah dan peluang untuk menikmati berkongsi kekayaan negara ini.
Namun, walaupun sudah lebih setengah abad kemerdekaan, rakyat makin hidup dalam ketakutan dengan kadar jenayah yang kian meningkat. Hak demokratik pula tercabul apabila pilihan rakyat yang lantang dalam pilihan raya umum tidak berjaya diterjemahkan kepada realiti. Continue reading “Agenda kemerdekaan yang belum terselesai”