Siasatan awal menunjukkan bahawa satu konspirasi yang didanai UMNO telah dilancarkan UMNO tiga bulan sebelum pembubaran Parlimen pada 3 April untuk memburuk-burukkan DAP, yang turut melahirkan dakwaan dongeng 3,000 tentera siber “Red Bean Army” yang didanai DAP kononnya dengan bajet setinggi RM100 juta sehingga RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu bagi tujuan pembunuhan karakter pemimpin UMNO/BN di ruang siber.
Penyebar utama pembohongan mengenai “Red Bean Army” adalah media cetak milik/dikuasai UMNO/BN, termasuk Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star, baik sebelum mahupun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei.
Dakwaan tidak berasas yang disebarkan dan dilontarkan oleh Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star hendaklah tercatat dalam sejarah sebagai titik paling hina mereka dalam melacurkan kerjaya kewartawanan disebabkan dasar pertimbangan dan objektif mereka bukanlah fakta dan kebenaran, yang sepatutnya menjadi pegangan bidang kewartawanan.
Bagaimana mereka yang kononnya digelar wartawan kepada Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star yang bersekongkol mencipta penipuan tentang 3,000 tentera siber “Red Beans Army” didanai DAP yang hanya wujud dalam imaginasi liar mereka mampu berbangga sebagai wartawan yang jujur, menegakkan kebenaran dan takutkan Tuhan? Continue reading “Siasatan awal menunjukkan bahawa satu konspirasi yang didanai UMNO telah dilancarkan UMNO tiga bulan sebelum pembubaran Parlimen untuk memburuk-burukkan DAP, yang turut melahirkan dakwaan dongeng 3,000 tentera siber “Red Bean Army” yang didanai DAP”