DAP mempertahankan kedudukan istimewa Melayu; jangan terpedaya dengan fitnah UMNO-BN. Saya merayu kepada semua pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu, supaya menolak fitnah dan pembohongan tentang diri saya dan DAP.
Sebagaimana yang saya jelaskan sebelum ini, saya tidak terlibat dengan peristiwa 13 Mei 1969. Saya tidak pernah berada di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969 kerana saya berada di Kota Kinabalu, Sabah pada masa itu. Hakikat tentang perkara ini ada dalam rekod pihak berkuasa polis dan Kementerian Dalam Negeri.
Dengan itu, sebarang pembohongan tentang saya berada di Kuala Lumpur untuk mencetuskan rusuhan atau menjadi dalang peristiwa 13 Mei adalah fitnah semata-mata. Jangan percaya perkara karut ini, terimalah kebenaran yang hakiki.
Satu lagi fitnah yang terus dilemparkan kepada DAP ialah kononnya DAP mahu menghapuskan hak orang Melayu. Ini juga tidak masuk akal, tidak bertanggungjawab dan sangat rasis. Ia amat berbahaya untuk perpaduan kaum di Malaysia. Continue reading “DAP mempertahankan kedudukan istimewa Melayu; jangan terpedaya dengan fitnah UMNO-BN”