Bolehkah KPN jelaskan mengapa polis berat sebelah tidak menguatkuasakan undang-undang ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan meskipun mereka melakukan kesalahan menghasut?

Dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis “adil dan tidak berat sebelah” dalam menjalankan tugas dan “mereka yang melanggar undang-undang harus berdepan dengan tindakan” adalah tidak masuk akal dan keterlaluan hinggakan mereka tidak boleh bertahan walau seminit penelitian oleh warga biasa.

Sebagai permulaan, bolehkah KPN jelaskan mengapa polis berat sebelah tidak menguatkuasakan undang-undang ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan, Mohamad Noor Abdullah kerana membuat satu kenyataan terbuka yang paling rasis dan menghasut dalam tempoh 44 tahun ini  dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan,  Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad  kerana melakukan hasutan dengan menyeru ditutup sekolah rendah kebangsaan Cina dan Tamil?

Jika kita mempunyai pasukan polis yang “adil dan tidak berat sebelah” dan yang menguatkuasakan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak, kedua-dua Mohd Noor dan Abdul Rahman telah disoalsiasat oleh polis, ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan.

Biar Khalid menjawab pertanyaan tentang layanan istimewa yang diberikan kepimpinan polis kepada bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan bekas  Ketua Pengarah Pendidikan sebelum mengulang kenyataan yang tiada makna seperti pihak polis “adil dan tidak berat sebelah” dalam menguatkuasakan undang-undang.

Adakah pihak polis pernah diberi arahan, secara langsung atau tidak langsung, oleh kepimpinan tertinggi kerajaan dan politik supaya tidak “menyentuh” bekas hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan meskipun terang-terang melakukan kesalahan hasutan?

Ya, rakyat Malaysia mahukan pasukan polis yang cekap, profesional, tidak memihak, tidak akan korup dan bertaraf dunia yang mana tugas utamanya ialah untuk mengurangkan kejadian jenayah untuk memastikan warga, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan kebimbangan terhadap jenayah dan bukannya memastikan kedudukan kepimpinan politik UMNO/BN dalam kerajaan selamat daripada cabaran sivik dan demokratik.

Di Malaysia hari ini, rakyat biasa, tidak kira kaum, agama atau kawasan, sangat khuatir dengan jenayah yang berleluasa dan ketakutan yang amat sangat terhadap jenayah, sementara Khalid begitu khuatir memikirkan bagaimana mahu mempertahankan Perdana Menteri dan kempimpinan UMNO/BN dari cabaran sivik dan demokratik rakyat.

Setiap hari, terdapat kisah tragis bagaimana rakyat Malaysia menjadi mangsa kepada jenayah yang berleluasa – di dalam akhbar hari ini misalnya, terdapat laporan yang menyayat hati berkenaan seorang wanita 40-an, Tar Bee Lin, dipercayai menjadi mangsa peragut, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sultanah Aminah Hospital (SAH) di Johor Bahru pada hari Ahad selepas empat hari bertarung nyawa. Tar, seorang kerani berasal dari Paloh, Kluang, dipercayai telah diserang sementara menunggu berseorangan di perhentian bas berdekatan rumahnya di Taman Century ketika sedang menuju ke tempat kerja sewaktu insiden pada 8 pagi 23 Mei.

Beliau kemudiannya ditemui dalam keadaan tidak sedar di atas jalan dengan beg tangannya yang mengandungi buku nota dan beberapa helai pakaian  hilang.

Tar, yang telah menaiki bas ke pejabatnya di Taman Molek sejak 20 tahun lalu, tidak sedar dari komanya.

Khalid telah memberikan gambaran bahawa dia tidak begitu mengambil berat atau tersentuh dengan jumlah tragis setiap hari melibatkan nyawa rakyat biasa berpunca daripada situasi jenayah melarikan diri, terutamanya Johor Bahru yang mana polis tidak berjayah membasmi julukan sebagai “ibukota jenayah di Malaysia”, berbanding melindungi pemimpin politik dan rejim UMNO/BN daripada cabaran sivik dan demokratik dari rakyat!

Penahanan semula Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua, ketua Asal Bukan UMNO (ABU) Haris Ibrahim serta aktivis PAS Tamrin Ghafar, bersama-sama dengan aktivis veteran Hishamuddin Rais dan aktivis pelajar Safwan Anang lalu mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan menunjukkan sengetnya keutamaan pemimpin tertinggi polis di dalam negara.

Kini sangat jelas bahawa permohonan pihak polis Jumaat lalu untuk mereman Tian Chua, Haris dan Tamrin untuk tujuh hari lagi bagi tujuan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 adalah penyalahgunaan kuasa dan proses perundangan yang teruk, memandangkan tidak ada keperluan untuk polis menaha ketiga-tiga mereka walaupun untuk beberapa minit tambahan – seperti mana yang telah ditunjukkan hari ini dengan memilih untuk terus mendakwa ketiga-tiga mereka tanpa reman atau siasatan.

Dengan polis didapati memohon reman tujuh hari yang tidak diperlukan terhadap trio itu, berkemungkinan semata-mata untuk memuaskan dendam dan kesumat “Menteri Dalam Negeri” yang paling kuat berpolitik dalam sejarah negara, yakni Datuk Seri Zahid Hamid, bagaimana Khalid boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa dia akan menjadi benteng daripada sebarang penyalahgunaan kuasa polis apabila dia tidak melakukan apa-apa untuk mengentukan penyalahgunaan kuasa polis dalam mereka trio itu tujuh hari lagi?

Adalah bernasib baik negara ini masih mempunyai pegawai-pegawai kehakiman seperti majistret Norashikin Sahat yang merupakan penjaga undang-undang serta pelindung kepentingan awam yang lebih baik berbanding polis, kerana menolak permohonan polis untuk mereman trio itu tujuh hari lagi sedangkan permohonan sedemikian tidak mempunyai asas.

Bolehkah Khalid menjelaskan bagaimana dakwaannya bahawa polis “adil dan tidak berat sebelah” dalam menjalankan tugas menampung permohonan yang tidak wajar untuk reman tujuh hari Tian Chua, Haris dan Tamrin Jumaat lepas?

Leave a Reply