Dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis “adil dan tidak berat sebelah” dalam menjalankan tugas dan “mereka yang melanggar undang-undang harus berdepan dengan tindakan” adalah tidak masuk akal dan keterlaluan hinggakan mereka tidak boleh bertahan walau seminit penelitian oleh warga biasa.
Sebagai permulaan, bolehkah KPN jelaskan mengapa polis berat sebelah tidak menguatkuasakan undang-undang ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan, Mohamad Noor Abdullah kerana membuat satu kenyataan terbuka yang paling rasis dan menghasut dalam tempoh 44 tahun ini dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad kerana melakukan hasutan dengan menyeru ditutup sekolah rendah kebangsaan Cina dan Tamil?
Jika kita mempunyai pasukan polis yang “adil dan tidak berat sebelah” dan yang menguatkuasakan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak, kedua-dua Mohd Noor dan Abdul Rahman telah disoalsiasat oleh polis, ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan.
Biar Khalid menjawab pertanyaan tentang layanan istimewa yang diberikan kepimpinan polis kepada bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan sebelum mengulang kenyataan yang tiada makna seperti pihak polis “adil dan tidak berat sebelah” dalam menguatkuasakan undang-undang.
Adakah pihak polis pernah diberi arahan, secara langsung atau tidak langsung, oleh kepimpinan tertinggi kerajaan dan politik supaya tidak “menyentuh” bekas hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan meskipun terang-terang melakukan kesalahan hasutan? Continue reading “Bolehkah KPN jelaskan mengapa polis berat sebelah tidak menguatkuasakan undang-undang ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan meskipun mereka melakukan kesalahan menghasut?”