Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada pada hari ini 3 Mei 2013 dicemari di Malaysia dengan semua media arus perdana berkempen untuk Barisan Nasional serta menyebar fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.
Semua media arus perdana, sama ada Utusan Malaysia, The Star, TV3, RTM dan sebagainya, telah melanggar dan mencabul segala undang-undang, peraturan dan kod etika kewartawanan yang wujud. Dan tidak ada satu tindakan pun dikenakan oleh pihak berkuasa.
Media massa sepatutnya bersifat dan bersikap adil dan objektif. Ia tidak boleh berpihak dan ia hanya menyiarkan laporan yang benar dan berfakta tanpa rasa takut. Undang-undang tidak boleh dikenakan terhadap laporan yang tepat dan benar. Tetapi di Malaysia, semua ini telah dicabul oleh kerajaan UMNO-BN.
Saya sendiri telah menjadi mangsa fitnah dan pembohongan oleh media massa, terutamanya media berbahasa Melayu, yang menuduh saya sebagai anti- Melayu, anti-Islam dan sebagai pencetus rusuhan kaum 13 Mei 1969. Semua ini telah terbukti bohong.
Saya telah dituduh menjadi dalang 13 Mei, saya telah dituduh kencing di tiang bendera di rumah Menteri Besar Selangor dan saya dituduh menghasut rakyat pelbagai kaum untuk bergaduh. Semua ini juga telah terbukti fitnah. Continue reading “2-Day Countdown to 13GE Polling Day: Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada hari ini 3 Mei 2013 dicemari di Malaysia dengan semua media arus perdana berkempen untuk Barisan Nasional serta menyebar fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat”