3Day Countdown to 13GE Polling Day: Jadikan 5 Mei sebagai hari menamatkan fitnah 13 Mei dan pembohongan perkauman UMNO-BN

Jadikan 5 Mei sebagai hari menamatkan fitnah 13 Mei dan pembohongan perkauman UMNO-BN. Hanya dengan memilih Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP – rakyat Malaysia dapat membuka lembaran baru untuk mendedahkan apa yang benar dan apa yang fitnah.

Golongan yang memfitnah saya dengan tuduhan menjadi dalang peristiwa 13 Mei 1969 masih terus berbuat demikian tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak yang berkuasa, termasuk daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan calon saingan saya bagi Parlimen Gelang Patah, Dato Abdul Ghani Othman.

Golongan yang memfitnah saya telah memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan pengundi, terutamanya orang Melayu, dengan mengapi-apikan sentimen perkauman. Mereka menyangka rakyat Malaysia masih hidup dalam tahun-tahun 1960-an yang mudah terpengaruh dengan emosi kaum.

Oleh itu, saya dengan rendah diri, memohon agar semua pengundi Malaysia menjatuhkan hukuman berat kepada golongan penyebar fitnah ini bersama dengan para pemimpin yang merestui perbuatan keji mereka dalam PRU ini. Caranya mudah sahaja, semua pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan mengundi mana-mana calon Pakatan Rakyat di seluruh negara pada hari mengundi 5 Mei ini.

Seperti mana yang saya jelaskan semalam, dengan mandat baru oleh pengundi Malaysia, saya akan mencadangkan kepada Parlimen dan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas Parlimen untuk menyiasat apa, mengapa dan siapa punca sebenar berlakunya tragedi 13 Mei 1969.

Ini adalah penting kerana sampai sekarang tiada siapa yang tahu mengapa, apa dan siapa yang menjadi punca peristiwa 13 Mei itu. Lagi pun, kerajaan UMNO-BN selama ini tidak mempedulikan cadangan itu. Malah, pimpinan UMNO-BN terus membenarkan penyokong mereka menabur fitnah menuduh saya menjadi dalang peristiwa itu.

PRU ini bukan lagi sekadar persaingan di antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. PRU ini adalah perjuangan di antara seluruh RAKYAT Malaysia menentang BN yang semakin teruk korupsi mereka dan tidak boleh lagi dipulihkan keangkuhan kuasa mereka.

Dengan itu, saya menyerus supaya semua pengundi membuat pilihan yang bijak, terbaik dan amat penting untuk diri, keluarga dan masyarakat serta masa depan anak-anak kita pada hari Ahad 5 Mei ini untuk membuka satu lembaran baru untuk Malaysia.

Ubah! Ini kali lah!

CategoriesUncategorized

10 Replies to “3Day Countdown to 13GE Polling Day: Jadikan 5 Mei sebagai hari menamatkan fitnah 13 Mei dan pembohongan perkauman UMNO-BN”

  1. //Setev Shaariibuu: “I would like to ask all Malaysian people to vote [for] justice”

    Setev said that since 2006, his two grandchildren, Altantuya’s sons, had been denied their right to use the word “mother”.

    “Since the murder, we Mongolians have been waiting for an apology from Malaysia. The children have been waiting for support from Mr Najib for seven years,” he added.

    On the same note, Setev stressed on the need for a new trial to get justice.//

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/02/vote-for-justice-says-altantuyas-dad/

Leave a Reply