Saya akan mencadangkan kepada Parlimen dan Kerajaan Persekutuan yang baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas Parlimen untuk menyiasat apa, mengapa dan siapa punca sebenar berlakunya tragedi 13 Mei 1969.
Ini adalah penting kerana sampai sekarang tiada siapa yang tahu mengapa, apa dan siapa yang menjadi punca peristiwa 13 Mei itu. Lagi pun, kerajaan UMNO-BN selama ini tidak mempedulikan cadangan itu. Malah, pimpinan UMNO-BN membenarkan penyokong mereka menabur fitnah menuduh saya menjadi dalang peristiwa itu.
Walaupun tuduhan itu palsu dan bohong serta berniat menghasut dan membangkitkan api perkauman, pimpinan UMNO-BN, termasuk Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak, masih tidak serius untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah yang membahayakan hubungan antara kaum itu.
Cadangan saya untuk Parlimen menubuhkan Suruhanjaya Bebas Parlimen bukanlah satu cadangan yang baru. Malah kali pertama saya menyuarakan cadangan ini adalah 42 tahun yang lalu! Continue reading “4-day Countdown to 13GE Polling Day – Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Parlimen untuk menyiasat apa, mengapa dan siapa punca sebenar tragedi 13 Mei 1969”