Dato’ Mohd Tamrin b. Tun Abdul Ghafar Baba menyangkal fitnah UMNO terhadap Lim Kit Siang dan DAP sebagai dalang peristiwa Mei 13, 1969.
Fitnah 13 Mei: Dato Ghani Othman perlu lebih berani, tegas dan serius untuk menolak kempen politik kotor
Saya kesal kerana risalah fitnah kononnya saya menjadi pencetus peristiwa 13 Mei 1969 masih disebarkan tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa. Malah sikap tidak serius Dato Abdul Ghani Othman, calon BN yang menjadi saingan saya bagi Parlimen Gelang Patah, membayangkan seolah-olah beliau tidak peduli dengan kempen kotor yang dilakukan oleh pelampau kaum di Johor.
Saya telah beberapa kali meminta Dato Ghani beliau supaya bersama-sama dengan saya untuk memastikan kempen pilihanraya benar-benar bersih dan tidak dicemarkan oleh penipuan dan pembohongan. Sebagai bekas Menteri Besar yang lama berkhidmat, beliau tentu faham betapa pentingnya untuk mengamalkan kempen PRU yang bersih.
Fitnah 13 Mei terhadap saya bukan sahaja kejam dan keji di sepanjang kempen PRU ini tetapi ia juga akan memberi kesan buruk kepada hubungan antara kaum selepas selesai PRU. Ini adalah kerana ia berasaskan pembohongan dan penipuan semata-mata. Dato Ghani Othman perlu lebih berani, tegas dan serius untuk menolak kempen politik kotor ini.
Malah Dato Ghani sebagai seorang pemimpin yang sederhana serta bijak dalam bidang akademik sepatutnya lebih sedar tentang sejarah Malaysia. Beliau sepatutnya tahu bahawa saya tidak terlibat sama sekali dengan peristiswa 13 Mei 1969. Continue reading “Fitnah 13 Mei: Dato Ghani Othman perlu lebih berani, tegas dan serius untuk menolak kempen politik kotor”