DAP menjadi mangsa fitnah Berita Harian, akhbar harian kawalan UMNO, hari ini Rabu 24 April 2013 apabila ruangan Rencana di muka surat 25 yang ditulis oleh “Lanang” telah mendakwa, tanpa sebarang bukti, bahawa DAP adalah “parti perkauman yang memperalatkan hak sama rata”. Malah rencana itu menuduh “Masa kempen pilihan raya 10 Mei 1969, DAP ghairah mainkan isu perkauman. Hasilnya sengketa 13 Mei 1969”.
Satu lagi fitnah UMNO tentang 13 Mei untuk menaman rasa benci orang Melayu terhadap DAP; tetapi orang Melayu sudah bersedia untuk UBAH bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13. Semakin ramai orang Melayu sedar bahawa DAP bukan pencetus tragedi 13 Mei 1969.
Saya ingin jelaskan bahawa ini adalah pembohongan dan penipuan. Saya telah banyak kali jelaskan bahawa tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana DAP tidak mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Malah saya telah menuntut kepada kerajaan Malaysia supaya membuat siasatan terbuka dan pendedahan awam sepenuhnya tentang rusuhan kaum 13 Mei 1969 kerana masih banyak rahsia yang tidak didedahkan oleh pihak berkuasa. Tetapi sehingga sekarang tidak ada mana-mana pemimpin kerajaan BN yang berani berbuat demikian.
Kemudian, tulisan Lanang itu dalam Berita Harian mendakwa pula “DAP hanya benarkan PAS dan PKR bergasak sesama sendiri di tujuh kawasan. Yang untungnya DAP kerana berjaya melihat Melayu pecah” dan “Akhirnya yang rugi adalah Melayu. Yang berkuasa dan memencilkan kuasa Melayu adalah pihak lain. Kita dapat tulang, depa dapat isi.”
Continue reading “Satu lagi fitnah UMNO tentang 13 Mei untuk menaman rasa benci orang Melayu terhadap DAP; tetapi orang Melayu sudah bersedia untuk perubahan bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13.”