Oleh Aspan Alias
March 24, 2013 |The Malaysian Insider
Tidak pernah terfikir oleh orang ramai sebelum ini PAS dan DAP menjadi parti-parti yang di terima oleh semua kaum dan inilah yang membuatkan BN menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang akan datang ini.
PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan agama yang “universal” dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok dalam dunia ini. Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan “ulamak songsang” yang datang dari kumpulan Umno yang tertekan sambil memfatwakan PAS sebagai PAS sesat dan haram di sokong.
Berbagai kumpulan upahan telah di bawa ke depan kaca TV3 untuk menyiarkan fatwa songsang ini semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak politik mereka. Mereka mahukan agama di sesuaikan dengan keperluan mereka dan bukannya menyesuaikan kehendak Islam terhadap semua perjuangan mereka.
Semalam Lim Kit Siang telah menyatakan yang beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya ini. Ini di sebabkan ROS mungkin mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan dengan kesilapan dalam pemilihan CEC DAP di Pulau Pinang 15 Disember yang lalu.
Sebagai parti pembangkang dan memahami tindak laku BN yang sedang ketandusan sokongan menggunakan RoS untuk membatalkan pendaftaran DAP itu tidak boleh di anggap ringan. Dalam keadaan terdesak BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kelazatan kuasa yang ada kepada mereka (Umno). Continue reading “Kesetiaan PAS dan DAP terbukti”