Adakah parlimen akan dibubarkan bulan untuk untuk membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan bulan depan?
Dijamin jawapannya tentu positif, bersiap untuk pembubaran parlimen paling lama ditangguhkan di dalam sejarah negara daripada seorang Perdana Menteri tidak diundi paling lama dan berkemungkinan menjadi pilihan raya umum paling kotor dan mahal Malaysia!
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sedang pusing satu negara berkempen untuk jangka hayat politiknya, tetapi terdapat seorang insan di dalam UMNO/Barisan Nasional yang sedang mengatasi kempen Najib – dan beliau adalah mantan serta Perdana Menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pilihan Raya Umum ke-13 amat penting dan kritikal buat Najib – tetapi lebih penting dan kritikal lagi buat Mahathir, memandangkan ia bukan saja pungutan suara terhadap empat tahun “tanpa transformasi” Najib tetapi juga 22 tahun dasar authoritarian dan korup Mahathir.
Sebenarnya, untuk Mahathir, masa depannya turut dipertaruhkan dalam PRU13 – memandangkan PRU13 akan menentukan sama ada beliau dapat terus menjadi dalang politik untuk politik UMNO/BN, yang kini secara sendirian membuat keputusan dalam UMNO/BN selepas beliau Berjaya memaksa perletakan jawatan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri sesudah “tsunami politik” pilihan raya umum 2008.
Kuasa dan pengaruh Mahathir kini lebih besar daripada Najib yang merupakan Perdana Menteri.
Malaysia mempunyai enam Perdana Menteri sepanjang tempoh 56 tahun tetapi tidak ada sesiapa di dalam UMNO/BN berani untuk beritahu mana-mana Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan sekiranya gagal memperoleh mandat yang lebih besar berbanding pilihan raya sebelumnya – seperti yang dilakukan secara terbuka oleh Mahathir di Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15 pada 31 Januari yang mana beliau mengatakan Najib sepatutnya memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya BN hanya memperoleh kemenangan tipis di dalam pilihan raya. Continue reading “Pengiraan Detik 52 Hari ke PRU13: PRU13 bukan saja pungutan suara terhadap empat tahun “tanpa transformasi” Najib tetapi juga 22 tahun dasar korup Mahathir”