Najib telah melanggar Ikrar Integriti Pilihan Raya sekurang-kurangnya lima kali ketika Tahun Baru Cina

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak datang ke Kuching pada hari Jumaat dan berlagak dengan Ikrar Ingeriti Pilihan Raya Transparency International (TI) yang beliau tandatangani pada hari Rabu dan mengatakan bahawa pemimpin Pakatan Raktat patut menandatangani ikrar itu jika mereka beriltizam dalam memerangi rasuah dan salahguna kuasa.

Beliau berkata: “Mereka selalu menuduh Barisan Nasional dengan bermacam perkara, tetapi kita sanggup menandatangani ikrar, jadi kalau mereka betul-betul komited mereka juga patut menandatangan.”

Najib sebenarnya telah memberikan dengan baik sebab mengapa saya, contohnya, berasa ragu-ragu terhadap menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI selepas Najib menandatanganinya!

Tidak dipersoalkan lagi iltizam saya dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa setelah saya mendedikasikan hampir setengah abad hidup saya dalam politik Malaysia, akan tetapi persoalannya sama ada iltizam saya memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan menjadi jenaka dan penghinaan sekiranya saya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya selepas Najib menandatanganinya!

Pertama, adakah Najib ikhlas dan serius dalam menandatanangi Ikrar Integriti Pilihan Raya, yang menetapkan empat prinsip untuk penandatangan perhatikan ketika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, yakni:

  • Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dengan amalan rasuah dalam apa jua cara;
  • Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan;
  • Tadbir urus yang baik serta ketelusan; dan
  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan Malaysia.

Walaupun Ikrar Ingeriti Pilihan Raya TI secara teknikalnya terpakai hanya untuk masa akan datang selepas menandatangani ikrar, mustahil rakyat Malaysia untuk sepenuhnya mengabaikan rekod rasuah, jenayah dan salahguna kuasa penandatangan.

Amat sesuai, relevan dan penting untuk bertanya sama ada Najib menandatangani Ikrar Ingeriti Pilihan Raya, terutamanya dengan kehadiran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, watak besar dalam kempen memerangi rasuah antarabangsa, telah meningkatkan atau menjatuhkan malah memusnahkan kewibawaan dan legitimasi Ikrar Ingeriti Pilihan Raya.

Ini adalah selepas mempertimbangkan bahawa Malaysia, di bawah empat tahun pemerintahan Najib, paling korup dibandingkan mana-mana Perdana Menteri sebelumnya sepanjang 56 tahun usia negara – menurut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) TI.

Sebenarnya, sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, Najib telah melanggar Ikrar Ingeriti Pilihan Raya sekurang-kurangnya lima kali iaitu:

  1. Semalam di Kuala Terengganu, pertama kali dalam tempoh empat tahun sebagai Perdana Menteri Najib secara terbuka mengkhianati pirnsip 1Malaysia dan menggunakan agama mengapi-apikan bahawa “satu undi untuk Pas pula kepada satu undi perpecahan umat Islam dan satu undi untuk DAP adalah satu undi kepada penindasan terhadap umat Islam seluruhnya”.

    Pembohongan Najib bahawa PAS adalah boneka DAP bercanggah dengan pembohongan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek kepada pengundi Cina bahawa DAP hanyalah “hanyalah sida-sida politik dalam bayangan PAS”.

    Sikap tidak jujur, hipokrit dan oportunisme tidak berprinsip melanggar Ikrar Ingeriti Pilihan Raya TI untuk menjunjung prinsip “Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti”.

  2. Arahan bersifat memecahbelah dan perkauman pada hari Isnin untuk menayangkan secara ekslusif filem 13 Mei, Tanda Putera, kepada 3,000 peneroka Felda walaupun Kabinet telah membuat keputusan pada November, seperti yang didedahkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, bahawa filem itu “tidak sesuai” untuk ditayangkan kerana “berat sebelah” dalam menggambarkan rusuhan 13 Mei 1969.

    Ini melanggar “Tadbir urus yang baik serta ketelusan” Ikrar Ingeriti Pilihan Raya TI

  3. Sepanjang15 hari sejak 9 Febuari Najib berkempen untuk dirinya dan UMNO/Barisan Nasional, Najib tidak dapat meluangkan masa melawat Lahad Datu Sabah untuk mendapatkan maklumat terus berkenaan ketakutan dan kebimbangan orang tempatan terhadap 15 hari situasi buntu antara kerajaan dan 150 pasukan bersenjata Sulu, dan menjelaskan mengapa terdapat kelompongan keselamatan yang begitu serius dan mengapa polis dan Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bukannya tentera dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ditugaskan menguruskan krisis “pendudukan” oleh militan Sulu.

    Ini melanggar prinsip “Rakyah Didahulukan” Ikrar Ingeriti Pilihan Raya “Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan”.

  4. Bernama yang tidak jujur telah melaporkan tiga hari lalu meniru daripada laman web cybertrooper UMNO/BN dakwaan palsu bahawa kumpulan pemikir British Economist Intelligence Unit (EIU) telah menolak Pakatan Rakyat sebagai cabaran besar buat Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

    Ini melanggar prinsip dalam Ikrar Ingeriti Pilihan Raya TI untuk mendukung “Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti”.

  5. Perbelanjaan mewah RM3.5 juta untuk menjemput bintang K-Pop Korea ke Pulau Pinang untuk Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN pada 11 Febuari bagi mempersembahkan Gangnam Style dan pelbagai lagi perbelanjaan yang tidak dikira (seperti meletakkan 10,000 bendera 1Malaysia di seluruh pulau dalam masa bebera jam saja pada awal pagi Tahun baru Cina – dan sehingga kini tiada siapa bertanggungjawab untuk projek ini yang kosnya menelan jutaan ringgit) merupakan bukti politik wang yang merosakkan menjelang PRU13.

    Apakah Najib tidak sedar bahawa di dalam Ikrar Ingeriti Pilihan Raya TI, beliau telah berikrar untuk tidak “terlibat dengan amalan rasuah dalam apa jua cara” kerana politik wang ketika pilihan raya adalah akar kepada berleluasanya rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa di dalam negara?

Ucapan oleh Ketua Parlimen DAP dan Ahli Perlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang sewaktu bengkel pilihan raya DAP Sarawak di ibupejabat DAP Kuching pada Ahad, 24 Febuari 2013

CategoriesUncategorized

One Reply to “Najib telah melanggar Ikrar Integriti Pilihan Raya sekurang-kurangnya lima kali ketika Tahun Baru Cina”

Leave a Reply