Walaupun Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi menunjukkan SMS daripada pengurus bintang K-Pop Korea Selatan Psy kepada pihak polis berkenaan ancaman bunuh terhadap bintang itu, beliau masih lagi tidak memperjelaskan kemelut “yee sang” Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang pada hari kedua Tahun Baru Cina lapan hari lalu.
Semalam, Rahim menunjukkan kepada wartawan SMS yang dihantar oleh pengurus Psy kepada polis pada Feb 10 pada 8.30PM yang menyebut: “Kami menerima ancaman bunuh yang serius yang mengatakan mereka akan menghentikan Psy apa cara sekalipun di lapangan terbang dan hotel di Pulau Pinang.”
Ketua Polis Pulau Pinang berkata polis telah mengetatkan kawalan keselamatan dengan menghantar 11 orang pegawai untuk memastikan bintang Korea itu selamat sewaktu ketibaannya pada pagi 11 Febuari.
Bagaimanapun, mengapa Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah dan Menteri Kabinet perlu melalui kejadian memalukan dan penghinaan kerana perlu menunggu di atas pentas selama lima minit untuk Psy menyertai mereka di dalam upcara “menggaul yee sang”, kemudiannya terpaksa malu-malu turun daripada pentas apabila upacara “menggaul yee sang” tidak disempurnakan – yang dianggap petanda buruk bagi ramai orang? Continue reading “BN terpaksa membuat ribuan pembohongan untuk menutup penipuan asal berkenaan kemelut “yee sang” Najib di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang menampilkan Psy”