Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pakatan Rakyat cemburu dengan Barisan Nasional yang berjaya menjemput dahulu bintang “Gangnam Style Korea” Psy kerana perkara itu menggagalkan rancangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menjemput Psy ke acara di bawah nama Pakatan Rakyat.
Sama ada Najib begitu mudah tertipu untuk percaya desas-desus sedemikian sedangkan DAP dan Pakatan Rakyat tidak mempunyai jutaan ringgit untuk ditaburkan sepertimana yang UMNO/BN lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akhirnya akan dibayar oleh pembayar cukai, Perdana Menteri tidak sepatutnya menyangka semua rakyat Malaysia begitu mudah tertipu dan percaya pada hikayatnya yang sukar dipercayai.
Mengimbau kembali hikayatnya yang sukar dipercayai pada ulangtahun UMNO ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei, 2012, apabila beliau membuat dakwaan tak masuk akal bahawa Bersih 3.0 “mahu melawan…mahu menendang polis…jika tidak cerita mereka tidak akan keluar di CNN, Al-Jazeera, BBC”. selepas menfitnah “duduk bantah” Bersih 3.0 di Dataran Merdeka yang diadakan dua minggu sebelum ulangtahun UMNO sebagai “cubaan rampasan kuasa oleh Oposisi untuk menggulingkan kerajaan” dengan “garam dan botol air mineral”!
Pada ulangtahun ke-66 UMNO Najib mendakwa bahawa beliau sungguh sukacita dengan sokongan dan “mood baik” yang ditunjukkan pada sambutan itu hingga beliau bersedia untuk menghadap Yang di Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen keesokkan harinya.
Akan tetapi sembilan bulan kemudian, dan kurang sebulan lagi sebelum ulangtahun kelima peristiwa bersejarah pilihan raya Malaysia – tsunami politik 308 pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008 – Najib masih lagi teragak-agak bila mahu adakan PRU13.
Tiada siapa pun patut “cemburu” dengan dakwaan “rampasan kuasa” terhadap Psy dan Gangnam Style. Malah, negara sepatutnya berterima kasih kepada Najib dan Psy, kerana rakyat Malaysia sudah mula bertanya mengapa Malaysia gagal untuk memenuhi potensi kita menjadi peneraju negara-negara global dalam semua bidang usaha 56 tahun selepas Merdeka
Di manakah Malaysia akan berada hari ini jika kita membangun seiring dengan Korea Selatan, tanpa memintas atau dipintas oleh Korea Selatan setengah abad lalu sejak Merdeka pada 1957, ketika Korea Selatan begitu miskin dan mundur memandangkan ia hanya ada setengah daripada pendapatan per kapita kita?
Dalam setengah abad dari 1960 hingga 2012, KDNK per kapita Korea Selatan meningkat 148.5 kali gandar daripada US$155 ke US$23,021. Bagaimanakah KDNK per kapita Malaysia pada 2012 sekiranya meningkat 148.5 kali ganda daripada US$299 pada tahun 1960 berbanding 35 kali ganda yang berlaku sekarang?
Dengan peningkatan 148.5 kali ganda, KDNK per kapita Malaysia pada 2012 ialah US$44,401!
Menurut data International Monetary Fund, Malaysia dengan KDNK per kapita US$44,401 pada 2012 akan menjadi negara 18 terkaya – di dalam kumpulan terkemuka dunia ditemani negara-negara berikut:
Tahun – 2012 | Negara | KDNK per kapita |
---|---|---|
1 | Luxembourg | 105,720 |
2 | Qatar | 100,378 |
3 | Norway | 99,316 |
4 | Switzerland | 77,840 |
5 | Australia | 67,983 |
6 | UAE | 65,377 |
7 | Denmark | 55,448 |
8 | Sweden | 54,879 |
9 | Canada | 50,826 |
10 | Singapore | 49,936 |
11 | United States | 49,802 |
12 | Japan | 46,896 |
13 | Austria | 46,330 |
14 | Kuwait | 46,142 |
15 | Netherlands | 45,942 |
16 | Finland | 45,545 |
17 | Ireland | 44,781 |
Dengan KDNK per kapita US$44,401 pada 2012, Malaysia bukan sahaja jauh mengatasi Korea Selatan yang cuma US$23,021, tetapi juga mengatasi Belgium, Jerman, Iceland, Perancis, Brunei, United Kingdom, New Zealand dan Hong Kong yang KDNK per kapita mereka pada 2012 seperti berikut:
Belgium | 43,175 |
Germany | 41,168 |
Iceland | 41,151 |
France | 40,690 |
Brunei | 38,801 |
UK | 38,591 |
New Zealand | 37,401 |
Hong Kong | 35,961 |
Bagaimana Korea Selatan berjaya ketika kita gaga – Korea Selatan mengubah dirinya dalam setengah abad daripada negara miskin dan lebih mundur berbanding Malaysia, dengan hanya separuh pendapatan per kapita menjadi dua hingga tiga kali lebih kaya daripada Malaysia – dengan kemajuan hebat di dalam semua bidang usaha baik pembangunan modal insan, teknologi malah dalam bidang budaya, seperti mana yang digambarkan dalam fenomena Psy dan Gangnam Style?
Hari ini, saya menerima e-mel panjang daripada seorang rakyat Malaysia yang geram meluahkan kekecewaannya terhadap peluang Malaysia yang terlepas dalam era “lost decade”. Beliau menulis:
“Fast forward to the 2000s, a mere one generation or so and the difference is starling. Korea have well known multinational companies such as Hyundai Motor, Samsung Electronics, LG.
“Hyundai Motor started about 2-3 years earlier than Proton, and is now a world force in automobile with competitive models. Kia started much later than Proton. What has become of Proton?
“Korea economic model is conglomerate driven, supported by the government. Taiwan economical model is small and medium size industry, driven more by entrepreneurs on their own with limited support from the government.
“Now Taiwan is a leader in the electronic industry with well known names such as Acer, HTC, Taiwan Semiconductor, ViewSonic, and the world largest electronic contract manufacturer Foxconn and so forth.”
Kita berterima kasih kepada Najib dan Psy untuk “Gangnam Style” pada hari kedua Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Feb.
Biar seluruh rakyat Malaysia bergembira dan berseronok dengan Psy dan Gangnam Style – tetapi terima kasih kepada Najib dan Psy, sebagai tanggungjawab patriotik rakyat Malaysia, perlulah merenungkan soalan: Mengapa Malaysia merosot begitu jauh di belakang, bukan sahaja Korea Selatan tetapi juga seluruh dunia, seedangkan kita memulakan langkah kenegaraan kita pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963 dengan harapan besar?