Pengiraan Detik 58 Hari ke PRU13 – Keyakinan tinggi untuk memenangi PRU13 yang dibina Najib runtuh berkecai akibat daripada tiga “Ya” untuk Psy dan tiga “Tidak” untuk BN di persembahan jutaan ringgit Gangnam Style Psy di Pulau Pinang semalam

Yang sepatutnya menjadi rampasan kuasa jutaan ringgit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional, bertukar menjadi kemusnahan jutaan ringgit buat Najib dan BN menjelang tibanya Pilihan Raya Umum ke-13.

Yang luput dari ingatan ialah jutaan ringgit daripada penaja yang tidak diketahui membawa Psy dan rombongannya dalam satu penerbangan terus 20 jam dari Brazil ke Pulau Pinang dengan motif yang juga tidak diketahui, beribu-ribu bendera 1Malaysia yang mencemar Pulau Pinang untuk lawatan Tahun Baru Cina dua hari Najib ke Pulau Pinang atau tawaran “I help you, You help me” Najib yang terbaru.

Apa yang akan selamanya dikenang tentang Tahun Baru Cina Najib di Pulau Pinang adalah video satu minit yang sudah tersebar luas lebih hangat berbanding Psy dan Gangnam Style – ketika Najib bertanya kepada hadirin di Sekolah han Chiang sama ada mereka bersedia untuk Psy dan bersedia untuk BN.

Sebenarnya, gema tiga kali “Ya” untuk soalan Najib sama ada orang ramai telah bersedia untuk Psy diikuti dengan gema yang sama kuat dan spontan tiga kali “Tidak” ketika Najib bertanya sama ada mereka bersedia untuk BN telah memusnahkan keyakinan tinggi untuk menang besar dalam PRU13 yang dibina Najib, yang telah hancur musnah.

Kejadian itu lebih memusnahkan peluang pilihan raya UMNO/BN dalam PRU13 berbanding Bersih 2.0, Bersih 3.0 atau Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 – lebih-lebih lagi apa ia adalah kemusnahan yang ditimpakan ke atas diri.

Kejadian itu telah mencalarkan gambaran indah yang dicipta pemimpin dan propagandis UMNO/BN akan menang besar dalam PRU13, bukan sahaja dengan majoriti dua pertiga parlimen malah untuk memenangi semula negeri-negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat termasuklah Pulau Pinang.

Melihat kembali kelak, apabila sejarah PRU13 dicatat, kemunculan Psy dan Gangnam Style dengan tiga “Ya” untuk Psy dan tiga “Tidak” untuk BN, akan meninggalkan kesan di dalam sejarah politik Malaysia menandakan bermulanya pengakhiran buat Najib dan penguasaan penuh Umno di dalam politik Malaysia.

Walaupun Najib dan UMNO/BN telah mengalami tamparan dalam pusingan akhir ke PRU13, pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat hendaklah tidak terlebih yakin dan menganggap perlawanan ke Putrajaya sudah pun dimenangi.

Saya sentiasa berpandangan bahawa hasil PRU13 sukar ditentukan siapa pemenangnya walaupun UMNO/BN mempunyai kelebihan juga kerana penyalahgunaan kuasa, PR masih boleh memenangi PRU13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan memandangkan tempoh kempen pilihan raya adalah kunci penting dan terakhir menentukan siapa akan menjadi pemenang.

CategoriesUncategorized

Leave a Reply