Pengiraan Detik 66 Hari ke PRU13 – Mengapa cuma sasarkan 60,000 orang untuk persembahan “Oppa Gangnam Style” Psy pada Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, sepatutnya mensasarkan 100,000 atu 250,000 orang dari Pulau Pinang, seluruh Malaysia dan negara jiran untuk sebuah acara yang sensasi bersama Psy

Topik terhangat di kalangan rakyat Malaysia tidak kira kaum, umur atau jantina di seluruh negara untuk dua hari berturut-turut masih lagi Psy dan “Oppa Gangnam Style”, terutamanya laporan yang mengatakan kos sebanyak RM3 juta untuk membawa bintang Korea Selatan itu ke Penang bagi memastikan kehadiran 60,000 orang untuk Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Semua rakyat Malaysia bergembiralah dengan Psy dan “Oppa Gangnam Style” di Pulau Pinang pada hari kedua Tahun Baru Cina pada 11 Febuari.

Malah, mengapa cuma sasarkan 60,000 orang dan tidak cuba capai 100,000 orang atau 250,000 orang dari Pulau Pinang, seluruh Malaysia dan negara jiran untuk menjadikannya acara sensasi bersama Psy benar-benar bersejarah dan menjadi kenangan?

Amat bersejarah sekiranya kehadiran julung kali Psy di Malaysia dapat turut membuatkan Malaysia mencontohi Korea Selatan yang berusaha memperbaiki keadaan negara bagi menjalankan transformasi negara yang jujur dalam tadbir urus, politik, ekonomi, pendidikan dan pembinaan bangsa bagi membolehkan Malaysia membuat satu anjakan dalam segenap aspek kehidupan nasional dalam kemerdekaan kedua Malaysia.

Biar kehadiran Psy ke Malaysia memulakan satu debat nasional dan mencari diri bagaimana Korea Selatan, daripada negara yang miskin dan mundur mampu berjaya melontar dirinya menjadi penjana ekonomi yang kini lebih kaya daripada Malaysia, dengan pendapatan per kapita dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada Malaysia, dan lebih maju berbanding Malaysia di dalam semua bidang.

18 tahun Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) berikut memberikan kunci kepada jawapan itu:

Tahun Malaysia Korea Selatan
Kedudukan Mata Kedudukan Mata
1995 23 5.28 27 4.29
1996 26 5.32 27 5.02
1997 32 5.01 34 4.29
1998 29 5.3 43 4.2
1999 32 5.1 50 3.8
2000 36 4.8 48 4.0
2001 36 5.0 42 4.2
2002 33 4.9 40 4.5
2003 37 5.2 50 4.3
2004 39 5.0 47 4.5
2005 39 5.1 40 5.0
2006 44 5.0 42 5.1
2007 43 5.1 43 5.1
2008 47 5.1 40 5.6
2009 56 4.5 39 5.5
2010 56 4.4 39 5.4
2011 60 4.3 42 5.4
2012 54 49/100 45 56/100

[Dari tahun 1995 hingga 2011, skala daripada 10 (sangat bersih) hingga 0 (sangat korup) telah digunakan, yang kini telah diubah kepada skala 0-100 bermula 2012]

18 tahun siri tahunan CPI TI 1995 – 2012 menunjukkan:

  • Bagi 11 tahun pertama daripada 1995-2005, Malaysia mendahului Korea Selatan dilihat sebagai lebih bersih dan kurang korup berbanding Korea Selatan, walaupun mencapai perbezaan 18 kedudukan pada 1999, mewakili perbezaan mata 1.30.
  • Korea Selatan menewaskan Malaysia pada 2006, dengan kedudukan 42 jika dibandingkan dengan kedudukan 44 Malaysia, dan selepas seri pada tahun 2007 dengan kedua-duanya berada pada kedudukan 43 dengan 5.1 mata, Korea Selatan tidak lagi menoleh kebelakang dalam mencapai kedudukan dan mata lebih baik untuk lima tahun dari 2008 – 2012, malah menewaskan Malaysia dengan perbezaan 18 tempat pada 2011.
  • Kedudukan dan mata CPI TI Malaysia empat tahun lalu (2009 – 2012), yang merupakan tahun pemerintahan Datuk Seri Najib Razak adalah yang terburuk dalam tempoh 18 tahum; sementara kedudukan dan mata Korea Selatan untuk empat tahun lau adalah antara negara terbaik di dalam siri itu.

Pengajarannya jelas. Sejak 18 tahun lalu, dan terutamanya empat tahun lalu, tadbir urus dalam ketelusan dan akauntabiliti Korea Selatan telah semakin berjaya memulihkan kepercayaan orang ramai dengan mengubah pandangan ramai terhadap korupsi tetapi sebaliknya berlaku di Malaysia.

Ini salah satu pengajaran Malaysia perlu belajar dari Korea Selatan. Adakah rakyat Malaysia bersedia untuk itu?

Leave a Reply