Jumaat, 8 Febuari 2013 merupakan ulangtahun kelahiran ke-110 Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Sejarah dan dunia tahu akan sumbangan beliau sebagai seorang negarawan, pembangun bangsa dan sebagai tokoh sejarah yang unik. Beliau melambangkan kesopanan, kepercayaan yang mendalam terhadap kedaulatan hukum dan menghormati tradisi.
Inilah saatnya untuk semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama dan kepercayaan politik bersama-sama memberikan penghormatan kepada seorang insan yang telah membina asas kepada Malaysia yang moden, demokratik dan sekular yang dipaterikan dengan perpaduan etnik, kepercayaan dan budaya yang pelbagai.
Amatlah malang dan kesal apabila kenangan indah dan nama baik Tunku dan nenek moyang kita baru-baru ini difitnah apabila kata-kata menghina dilemparkan oleh salah seorang Perdana Menteri terkemudian yang menuduh Bapa Malaysia memberikan kewarganegaraan kepada satu juga bukan Melayu yang “tidak layak” sebelum Merdeka pada 1957 – dengan hipokritnya mendakwa bahawa pengkhianatan “kewarganegaraan untuk undi” untuk pendatang tanpa izin di Sabah sebagai perbuatan yang lebih terhormat dan layak!
Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957, diikuti dengan pembentukan Malaysia pada 1963, ia menandakan permulaan satu era baru yang mana rakyat Malaya dan kemudiannya Malaysia berani untuk berimpian besar dan mengubah dunia.
Ketika membaca Pemasyhuran Kemerdekaan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada hari bertuah itu 55 tahun lalu yakni pada 31 Ogos, 1957, Tunku berikrar bahawa Malaya “akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.”
Kehendak ini kemudiannyan diulang semula oleh Tunku enam tahun kemudian di dalam Pemayshuran Malaysia pada 16 September, 1963 berkenaan pembentukan Malaysia, berikrar bahawa Malaysia ““akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan diantara segala bangsa.”
Undangan berjuta ringgit kepada bintang Korea Selatan Psy ke Pulau Pinang untuk Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mempersembahkan “Gangnam Style” adalah simbol kegagalan berganda pembinaan bangsa Malaysia sejak setengah abad lalu seperti yang dijanjikan di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan dan Malaysia Tunku tentang demokrasi, kebebasan, keadilan, kebajikan dan kebahagiaan rakyat.
Pada Tahun Baru Cina yang merupakan Tahun Ular, biarlah rakyat Malaysia bergembira dengan “Gangnam Style” Psy tetapi ia juga sepatutnya menjadi peringatan bahawa banyak yang perlu Malaysia kejarkan baik dari segi demokrasi politik, daya saing ekonomi dan keadilan, kecemerlangan pendidikan, kehebatan teknologi atau pembinaan bangsa seperti mana yang ditonjolkan dalam perubahan nasib dua negara sejak setengah abad lalu, yang mana Korea Selatan bangkit daripada kemiskinan dan kemunduran menjadi kuasa ekonomi global sementara Malaysia masih berjuang untuk keluar daripada perangkap “negara berpendapatan pertengahan”.
Tiada cara yang lebih baik bagi memperingati ulangtahun kelahiran Tunku ke-110 melainkan dengan menyokong kempen “Cetuskan Perubahan” yang dilancarkan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini untuk mencapai Merdeka 2 yang Tunku usahakan pada dekad terakhir hayatnya.
Mari jadikan 2013, pada ulangtahun kelahiran Tunku ke-110 sebagai permulaan baru Malaysia menuju Merdeka Kedua dengan berlakunya UBAH di Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13, melihat tercapainya janji Pemasyhuran Merdeka dan Malaysia terhadap demokrasi, kebebasan, keadilan, kebajikan dan kebahagiaan rakyat terutamanya dikala tanpa henti berdepan dengan cabaran globalisasi abad ke-21.
Artikel yg ditulis dalam Bahasa Malaysia biasanya tidak mendapat respon. Cuba lihat artikel2 sebelum ini..
Hello Cinta negara, masa mamak kutty sudah sampai…. siap sedia…mukim cuti Am
Helo Artikel bahasa Inggeris mesti response , Bahasa malaysia buang masa sahaja