Jumaat, 8 Febuari 2013 merupakan ulangtahun kelahiran ke-110 Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Sejarah dan dunia tahu akan sumbangan beliau sebagai seorang negarawan, pembangun bangsa dan sebagai tokoh sejarah yang unik. Beliau melambangkan kesopanan, kepercayaan yang mendalam terhadap kedaulatan hukum dan menghormati tradisi.
Inilah saatnya untuk semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama dan kepercayaan politik bersama-sama memberikan penghormatan kepada seorang insan yang telah membina asas kepada Malaysia yang moden, demokratik dan sekular yang dipaterikan dengan perpaduan etnik, kepercayaan dan budaya yang pelbagai.
Amatlah malang dan kesal apabila kenangan indah dan nama baik Tunku dan nenek moyang kita baru-baru ini difitnah apabila kata-kata menghina dilemparkan oleh salah seorang Perdana Menteri terkemudian yang menuduh Bapa Malaysia memberikan kewarganegaraan kepada satu juga bukan Melayu yang “tidak layak” sebelum Merdeka pada 1957 – dengan hipokritnya mendakwa bahawa pengkhianatan “kewarganegaraan untuk undi” untuk pendatang tanpa izin di Sabah sebagai perbuatan yang lebih terhormat dan layak!
Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957, diikuti dengan pembentukan Malaysia pada 1963, ia menandakan permulaan satu era baru yang mana rakyat Malaya dan kemudiannya Malaysia berani untuk berimpian besar dan mengubah dunia. Continue reading “Pengiraan Detik 64 Hari ke PRU13 – Memperingati ulangtahun kelahiran ke-110 Tunku dan menyokong kempen “Cetuskan Perubahan” untuk mencapai Merdeka 2 yang Tunku usahakan pada dekad terakhir hayatnya”