Pengiraan Detik 75 Hari ke PRU13 – Adakah pemimpin UMNO/BN yang benar-benar percaya BN akan mendapat semula majoriti dua pertiga dalam PRU13 dapat membuktikannya?

Parti BN mengatakan akan menang majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013” merupakan berita utrama The Malaysian Insider semalam, melaporkan bahawa pemimpin BN yakin BN akan menang majoriti dua pertiga parlimen dalam PRU13.

Bagaimanapun, hanya seorang pemimpin UMNO, ketua propagandanya, Datuk Ahmad Maslan, telah secara terbuka mengisytiharkan bahawa “BN akan menang majoriti dua pertiga, lebih baik daripada 2008”.

Tidak ada pemimpin BN yang dipetik kerana mempunyai keyakinan sedemikian, termasuklah naib presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung, pemimpin MCA yang dipetik di dalam laporan itu.

Apakah alasan yang meyakinan Ahmad?

Aneh, rekod memerangi rasuah dan mengurangkan jenayah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah antara alasannya.

Tidaklah mengejutkan apabila ketua propaganda UMNO, Ahmad cuba untuk menolak undian pandangan terbaru oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan 78 peratus daripada undian menyatakan integriti dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin BN akan memberikan kesan kepada sokongan pengundi dalam PRU13.

Akan tetapi apa yang tidak dapat dibayangkan adalah kepimpinan UMNO/BN mampu berasa bangga dan berlagak dengan rekod empat tahun pentadbiran Najib dalam memerangi rasuah dan mengurangkan jenayah, apabila kedua-dua agenda ini merupakan antara kegagalan besar Program Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sejak empat tahun lalu, membangkitkan persoalan sama ada pentadbiran Najib berpijak di bumi nyata atau hidup di dalam dunia mereka sendiri.

Kita cuma perlu merujuk kepada satu indikator pencegahan rasuah – laporan tahunan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) dari 1995-2012 yang menunjukkan bahwa empat tahun pemerintahan Najib mempunyai rekod buruk sebagai pemerintahan yang paling korup dibandingkan dengan Perdana Menteri Malaysia sebelumnya.

Malaysia berada pada kedudukan ke-23 daripada 41 negara oleh CPI TI pada tahun 1995, menjunam ke No. 37 pada 2003 sewaktu Dr. Mahahatir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri, dan terus menjunam ke kedudukan 47 apabila Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2008.

Dalam tempoh empat tahun Najib menjadi Perdana Menteri, CPI TI Malaysia menjunam lebih teruk – No. 56 pada 2009 dan 2010, No. 60 pada 2011 dan No. 54 pada 2012.

Dari segi jenayah pula, kematian seorang kanak-kanak enam tahun yang hilang, William Yau Zhen Zhong telah menonjolkan hakikat yang menyakitkan tentang Malaysia, bahawa selain pemimpin dan para Menteri UMNO/BN yang terpelihara keselematan mereka, negara ini tidak selamat, sama ada untuk warganya, pelancong, pelabur malah untuk kanak-kanak seperti William!

Sebelum tsunami politik 2008, Hishammuddin menonjol sebagai salah seorang pemimpin UMNO/BN yang menghidap sindrom penafian dalam menafikan yang pelbagai episode julang keris yang beliau lakukan sebagai Pemuda UMNO telah menjauhkan rakyat Malaysia pertengahan, menyebabkan beliau menjadi penyebab terbesar kejatuhan UMNO/BN pada 2008.

Adakah Hishammuddin sekali lagi akan menonjol sebagai pemimpin UMNO/BN dalam pentadbiran waktu ini yang menghidap sindrom penafian dalam cuba menafkan bahawa kadar jenayah yang semakin buruk dan kebimbangan terhadap jenayah di Malaysia sejak empat tahun lalu telah menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan dan legitimasi kelansungan pemerintahan kerajaan UMNO/BN dan sekali lagi menjadi punca terbesar kejatuhan UMNO/BN di dalam PRU13?

CategoriesUncategorized

Leave a Reply