Pengiraan Detik 73 Hari ke PRU13 – Adakah RCI terhadap pendatang tanpa izin akan menjadi “usaha sia-sia” memandangkan ia bertujuan mengaburkan dan menutup kebenaran?

Dengan bermulanya minggu kedua pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat isu pendatang tanpa izin Sabah esok, soalan yang dikemukakan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim sepatutnya diberikan perhatian – adakah RCI berkenaan terbukti satu “usaha sia-sia” memandangkan ia bertujuan mengaburkan dan hanya sandiwara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk menutup kebenaran tentang skandal “kewarganegaraan-untuk-undi” di negeri bawah bayu?

Tiada satu pun daripada lapan syarat RCI bertujuan mengenalpasti dalang di sebalik tindakan pengkhianatan terhadap negara ataupun bagi RCI mencadangkan sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Setakat ini, tiada jawapan kepada tuntutan Mat Zain supaya Ketua Polis Negara membuka kertas siasatan berikutan pendedahan di dalam RCI bahawa Megat Junid Megat Ayob dan Abdul Aziz Shamsuddin terlibat di dalam Ops Durian Buruk, kerana mereka terlibat di dalam penderhakaan dan pengkhianatan peringkat tertinggi.

Memetik kesnya sendiri pada Jun tahun 2000, ketika beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain mengatakan pihak polis memulakan siasatan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir sejurus selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan pada hari bekas ketua pengarah Biro Pencegahan Rasuah, Shafee Yahaya mengemukakan buktinya pada perbicaraan sivil, memetik penyalahgunaan kuasa PM ketika itu yang menutup siasatan terhadap bekas ketua pengarah Unit Perancangan Ekonomi Ali Abul Hassan.

Mat Zain berkata: “Apa yang saya mahu tekankan di sini adalah penyiasatan polis dilakukan dengan segera, tanpa perlu menunggu perbicaraan tamat atau keputusan dibuat oleh mahkahmah.

“Begitu juga dengan pendedahan yang dibuat ketika RCI Sabah, KPN tidak perlu menunggu lampu hijau dari[ada sesiapa untuk menyiasat perkara itu.

“Malah, dia sepatutnya mengumumkan serentak apa yang polis akan lakukan sebaik sahaja maklumat itu didedahkan.”

Mat Zain berkata: “Kini bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin dan bekas ketua JPN Tamparuli Yakup Damsah telah membabitkan Megat Junid dan Abdul Aziz, kedua-duanya diketahui sebagai orang kanan Dr Mahathir Mohamad waktu itu, juga pendedahan Ops Durian Buruk antara 1992-1995 oleh Mohd Nasir Sugip, polis sepatutnya melakukan siasatan penuh.

“Pihak polis tidak perlu menunggu RCI tamat atau lengkapnya laporan RCI. Pihak polis tidak perlu menunggu sesiapa membuat sisatan polis sebelum bertindak. Pihak polis boleh dan perlu bertindak sendiri. Pendedahan yang dibuat terlalu dasyat untuk diterima.

“Ini merupakan penipuan, penderhakaan dan pengkhianatan peringkat tertinggi yang telah mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.”

Mat Zain menyoal sama ada kurangnya tindakan polis terhadap pendedahan RCI Sabah berkenaan jenayah penipuan, penderhakaan dan pengkhianatan adalah kerana usahasama Najib dan Gani untuk melindungi pengkhianat sebenar di dalam Ops Durian Buruk dan skandal “kewarganegaraan-untuk-undi”.

Mat Zain bertanya sama ada saksi yang telah memberikan “testimoni sensasi” dan merupakan orang yang terlibat telah diberikan jaminan dan perlindungan bahawa tindakan tidak akan diambil ke atas mereka di mahkamah atau mereka tidak akan berani membuat pendedahan mengejutkan tanpa rasa khuatir akan didakwa atau di hantar pulang ke negara asal.

Adakah Mat Zin benar apabila beliau mengatakan: “Apa yang kita lihat adalah permulaan sandiwara dengan Gani memainkan peranan seperti mana dia lakukan di dalam RCI mata lebam, RCI VK Lingam dan RCI Teoh Beng Hock”

Rakyat Sabah dan Malaysia akan mencari jawapan bagi soalan-soalan Mat Zain dengan bersambungnya pendengaran awam RCI Sabah esok.

CategoriesUncategorized

Leave a Reply