Pengiraan Detik 85 Hari ke PRU13: Najib – Listen, Listen, Listen!

Fenomena terbaru di internet apabila klip video teguran “Listen, listen, listen!” seorang aktivis 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen kepada pelajar tahun dua undang-undang Bawani KS tersebar luas mencerminkan dua kegagalan dasar paling penting Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepanjang empat tahun menjadi perdana menteri:

  • Pertama, program “transformasinya”, sama ada kerajaan, ekonomi, politik, pendidikan atau sosial yang semuanya bersandarkan prinsip ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”.
  • Kedua, dasar 1Malaysia beliau untuk mewujudkan Malaysia yang mana rakyatnya melihat diri mereka rakyat Malaysia dahulu kemudian barulah kaum, agama, tempat atau latar belakang ekonomi.

Sekiranya pelbagai program transformasi Najib berharap untuk berjaya, ia haruslah bersandarkan komunikasi dan dialog dua hala antara pemerintah dengan yang diperintah dan bukannya “Listen, listen, listen!” secara satu hala dipaksakan ke atas yang diperintah oleh pemerintah.

Najib dan kerajaan UMNO/BN bersedia untuk “Listen, listen, listen”?

Jelas sekali tidak. Jika benar bersedia untuk mendengar pastinya Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin pasti tidak akan digantung berikutan laporan media berkenaan pembentangannya di Regional Outlook Forum Singapura Khamis lepas yang meramalkan kemenangan tipis Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-13.

Sebenarnya, media melaporkan hanya satu daripada tiga senario melibatkan PRU13 berdasarkan kajiannya, iaitu:

  1. Senario “Berkemungkinan besar” – Kemenangan yang tipis untuk PR (115 – 125 kerusi parlimen), PR memenangi lapan negeri, iaitu: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu and Perlis.
  2. Senario “Berkemungkinan sederhana” – Kemenangan yang tipis untuk BN (112 to 122 kerusi parlimen), PR memenangi enam negeri, iaitu: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.
  3. Senario “Berkemungkinan kecil” – Kemenangan besar PR (130 – 140 kerusi parlimen),PR memenangi sembilan kerajaan negeri, iaitu: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Pahang; BN secara tipis mengekalkan Johor dan Melaka.

Azrul serta merta digantung daripada Bank Islam apabila media melaporkan senario “kemungkinan besar” bahawa Barisan Nasional akan kalah PRU13 memandangkan BN hanya dapat mempertahankan hanya 97-107 kerusi parlimen, tanpa menyatakan ramalannya untuk pilihan raya negeri – bahawa BN akan gagal untuk mendapatkan smeula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dan akan kalah di empat negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis sementara “mengekalkan Pahang dan Johor dengan tipis”.

Adakah Azrul akan dipecat serta merta oleh Bank Islam sekiranya media telah melaporkan senario “kemungkina kecil” BN mengalami kekalahan teruk dalam mempertahankan hanya 82-92 kerusi parlimen sementara kalah sembilan kerajaan negeri, “mengekalkan dengan tipis Johor dan Melaka”?

Adakah Azrul akan dinaikkan pangkat sekiranya beliau telah meramalkan di forum Sungapura itu sepertimana cakap besar Perdana Menteri dan sesetangah pemimpin UMNO/BN – bahawa dalam PRU13, BN akan mendapat semula dua pertiga majoriti parlimen dan memenangi semua lima kerajaan negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak yang terlepas dari tangan BN pada pilihan raya umum 2008?

Azrul membuat ramalan PRU13 beliau di forum Singapura Khamis lalu. Sejak itu, ramalannya bahawa PRU13 berkemungkinan memihak PR berbanding BN telah diperkukuhkan dengan kejayaan dan penganjuran bersejarah KL112 dengan kehadiran 100,000 rakyat Malaysia dari serata negara untuk menyokong agenda perubahan.

Akan tetapi sebelum KL112, Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman telah meramalkan senario PRU13 yang hampir serupa seperti Azrul, secara terbuka memberi tahu pertubuhan Cina Kulai Selasa lepas bahawa Pakatan Rakyat boleh memenangi Pru13 dengan majoriti tipis 5% hingga 10% kerusi parlimen – antara PR menang 117 hingga 122 kerusi parlimen atau hampir kepada senario “kemungkinan besar” Azrul.

Adakah Ghani Othman disuruh meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor kerana membuat pernyataan senario PRU13 sedemikian yang tidak begitu berbeza dengan pernyataan Azrul?

Apa yang Najib cuba tegakkan? Cara fikir “Era kerajaan tahu semua telah berlalu” atau budaya “Listen, listen, listen!” yang diajukan Sharifah Zohra yang menjadi fenomena terkini internet?

Kejadian Sharifah-Bawani menonjolkan kehampaan dan kepura-puraan dasar 1Malaysia Najib, yang terkena tamparan hebat sejak awal lagi apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjauhkan dirinya dari dasar itu dengan mengisytiharkan bahawa dirinya adalah “Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian”.

Walaupun Sharifah Zohra adalah aktivis dan pendokong 1Malaysia, dia tiada langsung semangat 1Malaysia apabila dia menyelar Nbawani dan mengatakan sekiranya mahasiswa tahun kedua jurusan undang-undang itu kritis terhadap dasar di Malaysia, beliau boleh “Pergi ke Cuba, pergi ke Argentina, pergi ke mana-mana sahaja”, dan bertanya, “Apa yang kamu buat di Malaysia?”

Saya teringat kepada peristiwa di Parlimen pada tahun tujuh puluhan sewaktu saya dihentikan ketika ucapan saya dan disuruh oleh seorang Menteri Kabinet UMNO yang berkuasa sekiranya saya begitu kritis engan dasar UMNO/BN, saya boleh tinggalkan Malaysia, dan balasan pantas saya kepadanya ialah sekiranya dia tidak mahu mendengar apa yang saya mahu katakan bagi pihak rakyat Malaysia yang menghantar saya ke Parlimen, dia yang sepatutnya meninggalkan Malaysia!

Sharifah adalah watak terbaru dalam barisan sentimen anti-1Malaysia diluahkan oleh kononnya pendukung dan penyokong dasar 1Malaysia Najib, semuanya produk Biro Tata Negara, daripada pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar sehinggalah pegetua sekolah Hajah Siti Inshah Binti Mansor, Datuk Nasir Safar bukan sahaja melabel kaum India dan Cina sebagai pendatang, tetapi bagai meletakkan garam ke luka dengan menyatakan bahawa “Orang India datang ke Malaysia sebagai pengemis dan orang Cina datang untuk jual tubuh”.

Di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyelesaikan saman fitnah selepas Khairy menarik balik kata-katanya dan menyatakan beliau tidak menggelar Anwar pengkhianat dan boneka Amerika Syarikat dan Yahudi.

“Listen, listen, listen!” Najib – adakah Perdana Menteri bersedia demi membawa politik yang jujur dan beretika di Malaysia, untuk segera mengeluarkan arahan kepada semua pemimpin UMNO/BN dan media perdana untuk menghentikan pembohongan dan penipuan serta tuduhan tak berasas bahawa pemimpin Pakatan Rakyat adalah pengkhianat dan benci negara kerana mereka tidak bersetuju dengan UMNO/BN, terutamanya apabila pemimpin PR, jika tidak lebih, sama patriotik dan sayangkan negara seperti pemimpin UMNO/BN?

Sekiranya “Najib – Listen, listen, listen!” tidak berkesan, maka satu-satunya pilihan untuk rakyat Malaysia adalah untuk mengundi perubahan kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam PRU13 – buat pertama kalinya dalam 55 tahun.

Leave a Reply