Pengiraan Detik 88 Hari ke PRU13 – KL112 menjadi titik bagi demokrasi yang sedang matang di Malaysia

Keamanan dan kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka (KL112) semalam menjadi titik bagi demokrasi yang sedang matang di Malaysia.

Perhimpunan itu mencipta pelbagai sejarah pertama kali di Malaysia, termasuklah:

  • Perhimpunan aman 100,000 rakyat Malaysia yang patriotik dan berpandangan jauh daripada pelbagai kaum, agama dan tempat, tidak kira usia atau jantina, hadir bersama dengan harapan, perasaan muhibah dan perpaduan untuk Malaysia yang mana terdapat kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang;
  • Tiada langsung di dalam mana-mana ucapan baik daripada pemimpin Pakatan Rakyat atau wakil lembaga swadaya masyarakat yang memainkan isu kaum dan agama, mengapi-apikan hal kaum dan agama untuk memprovokasi kebenci dan konflik.

Politik pembohongan dan penipuan, termasuklah memainkan isu kaum dan agama untuk menakut-nakutkan, menimbulkan konflik serta memecahbelahkan rakyat Malaysia yang telah mencemar politik Malaysia sepanjang bertahun-tahun lamanya telah gagal menghalang momentum bagi perubahan yang aman dan demokratik seperti yang disimbolkan oleh KL112 yang aman dan berjaya.

Langkah seterusnya bagi mematangkan demokrasi di Malaysia adalah dengan menginstitusikan sistem dua perikatan dengan mewujudkan perubahan kuasa dan kerajaan dengan aman melalui peti undi.

Pilihan Raya Umum ke-13 terus menjadi cabaran besar untuk Pakatan Rakyat tetapi KL112 adalah tanda aras bahawa tidak kira betapa payah dan sukar, perubagan kerajaan di Putrajaya dalam pilihan raya akan datang mampu dicapai.

Malah, KL112 sepatutnya menjadi titik peralihan kepada agenda UBAH, dengan menambah seruan kepada rakyat Malaysia bukan sahaja untuk bersatu mengundi perubahan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, tetapi untuk memastikan bahawa Pakatan Rakyat bukan sekadar menang tetapi juga penting untuk Pakatan Rakyat memperoleh majoriti parlimen yang kuat sekurang-kurangnya 28 kerusi, iaitu, dengan memastikan PR menang sekurang-kurangnya 124 kerusi parlimen atau PKR dengan 45 kerusi dan DAP serta PAS masing-masing dengan 40 kerusi parlimen.

Maka dari KL112 menuju ke PRU13!

  • Tiada penyebaran pembohongan atau penipuan, seperti mana amalan biasa pemimpin Barisan Nasional dan lidah-lidah propaganda mereka dalam serangan mereka ke atas Pakatan Rakyat;
  • 10 perkara yang dituntut Pakatan Rakyat dan lembaga swadaya masyarakat demi kebebasan, keadilan dan pembangunan mapan mewakili semua kaum, agama dan tempat untuk membina Malaysia yang bersatu, harmoni, progresif dan makmur;
  • Pakatan rakyat berikrar dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai 100,000 rakyat Malaysia melaungkan “Merdeka” untuk meneruskan legasi kemerdekaan Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman yang melaungkan “Merdeka” tujuh kali di Stadium Merdeka pada 31 Ogos, 1957 – simbol kepada fasa baru perjuangan kemerdekaan bagi membebaskan negara daripada penindasan pemerintah setempat;
  • Pada penghujung KL112, tidak pernah di dalam sejarah Malaysia lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan dengan penuh semangat, harapan dan perasaan oleh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan tempat demi perubahan demokratik untuk Malaysia yang lebih baik.
  • Leave a Reply