Setelah hampir sebulan, negara telah digoncangkan dengan satu demi satu pendedahan sekitar pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu melibatkan Akuan Bersumpah kedua enyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan dakwaan serius terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya oleh seorang pengedar permaidani Deepak Jaikiishan.
Persoalan yang menjadi tanda-tanya rakyat Malaysia adalah sama ada kebenaran kebenaran tentang pembunuhan menggunakan C4 warga Mongolia Altantuya, misteri di sebalik Akuan Bersumpah kedua Balasubramaniam dan dakwaan serius Deepak terhadap Najib dan keluarganya hanya akan diketahui sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.
Walaupun Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi telah berkata bahawa beliau akan menjawab semua dakwaan Deepak terhadap Najib ketika penggulungan Perhimpunan Agung UMNO ke-66, beliau dilihat gagal berbuat demikian, walaupun bukan Zahid tetapi Najib sendiri yang sepatutnya menjawab dakwaan Deepak.
Deepak telah membuat dakwaan bahawa Najib telah campur tangan untuk mendapatkannya projek kementerian pertahanan RM100 juta pada 2005 ketika Najib merupakan Menteri Pertahanan di dalam satu urusan melibatkan syarikat ketua Wanita UMNO Selangor serta penglibatan Najib di dalam memaksa Balasubraniam untuk membuat Akuan Bersumpah kedua pada 2008 yang menarik balik akuan bersumpah sebelumnya yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya.
Tindakan Najib setakat ini yang kekal membisu berkenaan dakwaan-dakwaan Deepak telah mengurangkan nilai dan kewibawaan kebanyakkan pengumuman perubahan dan transformasi, termasuklah permintaan maafnya mewakili kepimpinan UMNO sewaktu ucapan dasar Presiden UMNO untuk sebarang ‘kekhilafan” yang dilakukan UMNO.
Memandangkan Najib masih belum bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat, adakah Perdana Menteri pada Pengiraan Detik 97 Hari ke PRU13 bersedia untuk mengadakan mesyuarat tergempar Parlimen untuk membersihkan diri beliau daripada semua dakwaan serius berlegar di sekelilingnya yang timbul daripada perkembangan sejak dua bulan lepas?
Bala n Deepak , same line of species , out of the world . Credibility n reliability problem . Who will listen to them , don’t think so anyone in the right frame of mind .