Telah dibangkitkan persoalan bagaimana boleh berlakunya kesilapan “kiraan semula” yang begitu besar dan kesilapan di dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang mana bilangan undi Zairil Khir Johari untuk pemilihan CEC DAP meningkat sebanyak 498 undi daripadas 305 undi kepada 803 seperti yang diumum kan pada 15 Disember 2012 (meletakkan beliau di tempat ke-20) sementara Vincent Wu Him Ven boleh bilangan undi jatuh sebanyak 533 undi daripada 1,202 undi kepada 669 undi seperti yang diumum kan pada 15 Disember 2012 (meletakkannya di tempat ke-26).
Kesilapan itu bagaimanapun bukan hasil daripada mana-mana kiraan undi, kerana undian Zairil dan Wu telah dikira dengan betul dan terjadual sebagai 803 undi dan 669 undi. Akan tetapi kesilapan itu adalah daripada ralat komputer yang menyebabkan jumlah undian untuk lapan calon terakhir (iaitu No. 61 – 68) dikeluarkan sama seperti undi calon-calon nombor 31 hingga 38, seperti berikut:
No | Calon | Jumlah Undi | No | Calon | Jumlah Undi | |
---|---|---|---|---|---|---|
31 | LIM LIP ENG | 448 | 61 | WONG SAI HOONG | 448 | |
32 | LIU TIAN KHIEW (RONNIE) | 761 | 62 | WONG SZE PHIN @ JIMMY | 761 | |
33 | LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) | 1202 | 63 | WU HIM VEN (VINCENT) | 1202 | |
34 | M. KULA | 984 | 64 | YONG WUI WUI (VIOLET) | * | |
35 | MANOGARAN A/L MARIMUTHU | 305 | 65 | ZAIRIL KHIR JOHARI | 305 | |
36 | MANOHARAN MALAYALAM | 216 | 66 | ZULKIFLI BIN MOHD NOOR | 216 | |
37 | NG CHIN TSAI | 39 | 67 | ROSELI BIN ABDUL GANI | 39 | |
38 | NG WEI AIK | 407 | 68 | TAN BOON PENG | 407 |
Akibatnya, jumlah undi Wu (No. 63) dipaparkan dengan undian daripada No. 33 (iaitu 1,202 undi) dan jumlah undi Zairil (No. 65) dipaparkan dengan undian daripada No. 36 (iaitu 305 undi) sedangkan jadual yang sepatutnya adalah 669 untuk Wu dan 803 untuk Zairil berdasarkan pembuangan dan kiraan undi di Kongres DAP.
Tiada sebarang unsur penipuan, manipulasi atau tidak jujur di dalam kiraan undi dan proses penjadualan.
Kesilapan di dalam keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini adalah pengajaran berguna dan peringatan untuk semua pemimpin DAP agar sentiasa kekal jujur dan rendah diri, mengikut hikmah ungkapan “Kejujuran adalah Dasar Terbaik” sekiranya mareka mahu terus mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia.
Sekalipun sedih, saya dapat menyatakan dengan bangga walaupun Jawatankuasa Kerja Pusat dan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP menyedari bahawa kesilapan itu amat memalukan dan akan meletakkan DAP di dalam serangan politik dan media dengan ganas dan tiada belas kasihan, memutabelitkan isu dengan sindiran dan dakwaan tidak berasas, namun tiada seorang pun pemimpin mencadangkan supaya ditutup kesilapan dan barisan kepimpinan sebulat suara mengatakan kebenaran sepatutnya disampaikan kepada parti dan umum serta berdepan dengan tindakbalasnya.
Musuh politik kami mungkin melihat ini sebagai kelemahan bagi mereka untuk mengeksploitasi dan memecahbelahkan parti, tetapi ini hakikatnya satu kekuatan yang mana pemimpin DAP bersedia untuk bertanggungjawab dan membetulkan kesilapan tidak kira betapa memalukan mungkin kerana kami percaya pada rendah hati dan “Kejujuran adalah Dasar Terbaik”.
For future generation , vote BN your trusted and ever reliable partner