Tiada apa untuk diraikan tetapi banyak sebab untuk dikesalkan terhadap Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2012 yang meletakkan kedudukan Malaysia di tempat ke-54 berbanding tempat ke-60 negara paling kurang rasuah tahun lepas
Jumlah negara yang dinilai dalam CPI TI 2012 tekah dikurangkan daripada 183 negara tahun lepas kepada 176 negara tahun ini dan TI telah menggunakan metodologi baru, TI juga menyatakan yang mata CPI 2012 tidak boleh dibandingkan dengan mata pada tahun 2011 atau mana-mana penilaian sebelumnya. Perbandingan antara tahun hanya boleh dilakukan bermula 2012 sebagai asas untuk tahun-tahun berikutnya.
Mengikut metodologi baru, mata CPI adalah pada skala 0-100 dengan 0=tanggapan rasuah tahap tertinggi dan 100=tanggapan rasuah tahap terendah berbanding mata 0 hingga 10 pada mata CPI sebelum ini.
Sungguhpun mata CPI TI 2012 Malaysia adalah 49 daripada 100 tidak boleh dibandingkan dengan mata CPI TI sepanjang 17 tahun lalu daripada 1995 hingga 2011, satu hakikat yang tidak dapat dielakkan adalah Malaysia telah tewas dalam usaha membanteras rasuah sepanjang dekad-dekad sebelumnya, yang melihat kedudukan CPI TI Malaysia jatuh ke kedudukan terendah tempat ke-60 tahun lepas berbanding tempat ke-23 pada 1995, dan mata CPI menjunam ke 4.3 tahun lepas berbanding 5.32 pada tahun 1996.
Continue reading “Tiada apa untuk diraikan tetapi banyak sebab untuk dikesalkan terhadap Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2012 yang meletakkan kedudukan Malaysia di tempat ke-54 berbanding tempat ke-60 negara paling kurang rasuah tahun lepas”