Terdapat seorang lagi yang berkerja lebih keras daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan UMNO/Barisan Nasional bukan sahaja memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi juga mendapat majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.
Orang itu adalah Tun Dr. Mahathir yang sepatutnya sudah bersara daripada politik apabila meletakkan jawatan pada penghujung 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Semalam, Mahathir berada di Sik untuk mengingatkan ahli UMNO bagi menghilangkan rasa tidak puas hati terhadap calon yang dipilih oleh kepimpinan tertinggi UMNO/BN sekiranya mereka mahu lihat UMNO/BN kekal berkuasa selepas PRU13.
Beliau meminta ahli UMNO untuk mengenepikan perbezaan mereka dan memberikan sokongan penuh kepada calon UMNO/BN yang terpilih kerana keutamaan sepatutnya untuk memastikan kemjayaan supaya BN dapat menang besar dan membentuk kerajaan yang kuat.
Perkara itu amat luar biasa tetapi kebiasaan Mahathirism yang mana Mahathir perlu memberi amaran tentang penyakit “Melayu mudah lupa” sebagai punca tidak puas hati di dalam UMNO sehingga tidak menyokong calon yang terpilih, sedangkan Mahathir sendiri adalah gambaran terbaik penyakit “Melayu mudah lupa” apabila beliau dengan giat berkempen menentang Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri pada pilihan raya umum 2008.
Continue reading “Adakah UMNO/BN akan memperoleh majoriti dua pertiga semula atau adakah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya dengan majoriti lebih 20 di dalam PRU13?”