Untuk empat tahun berturut-turut, sepanjang tempoh Najib menjadi Perdana Menteri (2009-2012) telah mencatatkan kedudukan rendah di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2012 berbanding dua Perdana Menteri sebelumnya iaitu Tun Mahathir dan Tun Abdullah.
Di tahun pertama CPI TI pada 1995, Malaysia berada pada kedudukan ke-23 daripada 41 negara, menjunam ke tempat ke-37 pada 2003 ketika Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada hujung tahun itu.
Meskipun berdegar-degar Abdullah dikaitkan dengan imej “Mr. Clean” dan”Hakim Bao Zaman Moden”, “pencegahan rasuah secara menyeluruh” dan “penahanan 18 ‘ikan besar”, CPI TI Malaysia masih berterusan menjunam dalam tempoh lima tahun Abdullah menjadi Perdana Menteri, jatuh ke tempat 47 pada tahun 2008.
Akan tetapi empat tahun Najib memegang jawatan Perdana Menteri memperlihatkan CPI TI Malaysia menjunam ke paras yang lebih rendah – No.56 pada tahun 2009 dan 2010, No. 60 pada 2011 dan No. 54 pada 2012.
Kesannya, sepanjang tempoh Najib memegang jawatan Perdana Menteri beliau mempunyai rekod buruk menjadi lebih korup berbanding lima Perdana Menteri sebelumya, memandangkan tiada yang menyatakan rasuah di bawah tiga Perdana Menteri awal iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein lebih serius berbanding pengganti mereka.
Sehingga tahun tujuh puluhan, skandal terbesar di Parlimen adalah skandal RM65 juta Bank Rakyat yang saya bahaskan di Parlimen pada tahun 1979.
Continue reading “Tahun depan merupakan tahun petaka untuk CPI TI Malaysia memandangkan UMNO/BN bersedia untuk menaburkan berbilion ringgit di dalam PRU13 bagi mengekalkan kuasa – membawa politik wang ke satu paras baru sejarah negara”