Perhimpunan Agung UMNO ke-66 selama lima hari, yang mana pengkritik meggambarkannya sebagai “Lima hari pesta liar bingit dan berang” berakhir dengan kepimpinan UMNO merasa yakin bahawa UMNO/BN akan mencapai “kemenangan besar pilihan raya” – memenangi semula dua pertiga majoriti di Parlimen juga negeri-negeri Pakatan seperti Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan mempertahankan kuasa yang tidak sah dan tidak mengikut perlembahaan di Perak.
Bagaimanapun, ucapan kempimpinan UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO, terutamanya “tok dalang” UMNO, Tun Dr Mahathir tidak menampakkan keyakinan itu.
Sungguhpun begitu, pertembungan merebut Putrajaya pada PRU13 akan menjadi sangat sengit dan sesiapa yang memenangi majoriti empat juta pengundi “atas pagar” akan mendapat kelebihan.
Pakatan Rakyat sepatutnya menumpukan pada memenangi empat juta pengundi “atas pagar” sekiranya mahu berjaya dalam pertembungan menawan Putrajaya pada PRU13.
Untuk PRU13, daftar pemilih telah meningkat lebih daripada 13 juta pengundi. Terdapat lebih kurang 3 juta pengundi baru di dalam daftar pemilih, 60% adalah di bawah usia 30 tahun. 25% daripada daftar pemilih pilihan raya umum akan datang terdiri daripada pengundi baru.
Continue reading “PR mesti menumpukan untuk memenangi lebih empat juta undi “atas pagar” sekiranya mahu berjaya dalam pertembungan menawan Putrajaya pada PRU13”