UMNO tidak mampu untuk berubah melainkan mereka dihantar ke bangku Pembangkang pada PRU13

Perhimpunan Agung UMNO ke-66 yang melabuhkan tirainya baru-baru ini hanya menggariskan satu hakikat yang tidak dapat dielakkan tentang politik Malaysia – bahawa UMNO tidak mampu untuk berubah melainkan mereka dihantar ke bangku Pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pegundi Malaysia akan memberikan UMNO dan negara bantuan yang sangat besar dengan menghantar UMNO ke bangku Pembangkang kerana itu bukan sahaja akan mencipta keadaan yang sesuai sebelum sebarang proses “transformasi” dapat berjalan di dalam UMNO, tetapi juga akan mewujudkan asas yang lebih kukuh dan kuat untuk proses demokrasi berpalimen yang lebuh matang dengan menginstitusikan sistem dua perikatan dan peralihan kuasa yang aman melalui proses demokratik.

Tanpa “batu asas” ini, Malaysia tidak langsung dapat bercakap tentang menjadi “demokrasi terbaik dunia” sepertimana yang telah didakwa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapan dasar presiden, Najib berkata:

“Pilihanraya inilah yang akan mencorakkan rupawajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita. Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis.”

Najib adalah benar pada rangkap awal tetapi silap pada rangkap seterusnya apabila beliau mengatakan pengundi Malaysia mestilah menyokong UMNO/Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

Persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia adalah apakah wibawa dan legitimasi yang UMNO/BN ada untuk merayu rakyat Malaysia supaya menyokong untuk “berkongsi nilai dan matlamat” apabila tiada “perkongsian nilai dan matmalat di dalam BN, dengan UMNO dan MCA contohnya secara terbuka menanam kebencian dan konflik dengan mesej yang saling bercanggah – UMNO memberitahu orang Melayu bahawa undi DAP bermakn mengundi penindasan orang Melayu manakala MCA memberi amaran kepada orang Cina bahawa mengundi DAP bermakna mengundi penindasan orang Cina!

Parti-parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP tidak menyembunyikan perbezaan ideologi kami sama ada persoalan Negara Islam atau hukum hudud, tetapi kami komited untuk mengetepikan perbezaan dan memperjuangkan Kerangka Dasar Bersama PR untuk menegakkan ciri-ciri dasar perlembagaan Malaysia, menyemarakkan kesatuan kebangsaan, memulihkan demokrasi dan keadilan dan memastikan tadbir urus yang baik.

Pakatan Rakyat juga terikat dengan prinsip bahawa perlulah ada kesepakatan di kalangan tiga parti komponen PR sebelum sebarang perubahan pada dasar PR yang telah dipersetujui.

Adalah pantang di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat untuk berkempen dengan cara tidak jujur dan tidak berprinsip sepertimana yang dilakukan UMNO dan MCA – UMNO terang-terangan berbohong bahawa undi DAP bermakna mengundi penindasan orang Melayu manakala MCA tanpa rasa malu menipu orang Cina bahawa mengundi DAP bermakna mengundi penindasan orang Cina.

Tanggapan yang kekal berkenaan Perhimpunan Agung UMNO ke-66 bukanlah apabila Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil membangkitkan tentang “13 Mei”; yang lebih lembut tetapi tidak bertanggungjawab adalah ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan “huru-hara” sekiranya UMNO ditewaskan PR; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bersumpah akan memotong telinganya sekiranya MCA tewas kepada DAP di Bentong atau dakwaan perwakilan UMNO Pulau Pinang bahawa UMNO adalah “parti yang dipilih Tuhan.”

Tanggapan yang kekal adalah apabila Najib memberikan bukti mutlak bahawa beliau tidak mampu untuk melaksanakan keseluruhan janji “transformasi” beliau, bermula dengan dasar dan slogan 1Malaysia, dan menjelaskan mengapa sama ada Najib atau mana-mana perwakilan UMNO tidak menyebut tentang masalah nombor satu negara – masalah rasuah dan kronisme yang semakin memburuk di bawah pemerintahan Najib berbanding Perdana Menteri sebelumnya juga jika dibandingkan dengan negara-negara ASEA, Asia Pasifik atau Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang menampakkan kemajuan dalam usaha membanteras rasuah kebelakangan ini.

Sekiranya UMNO benar-benar mahu berubah dan melakukan transformasi, mereka perlu menjadi Pembangkang!

One Reply to “UMNO tidak mampu untuk berubah melainkan mereka dihantar ke bangku Pembangkang pada PRU13”

Leave a Reply