Perhimpunan Agung UMNO ke-66 yang melabuhkan tirainya baru-baru ini hanya menggariskan satu hakikat yang tidak dapat dielakkan tentang politik Malaysia – bahawa UMNO tidak mampu untuk berubah melainkan mereka dihantar ke bangku Pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Pegundi Malaysia akan memberikan UMNO dan negara bantuan yang sangat besar dengan menghantar UMNO ke bangku Pembangkang kerana itu bukan sahaja akan mencipta keadaan yang sesuai sebelum sebarang proses “transformasi” dapat berjalan di dalam UMNO, tetapi juga akan mewujudkan asas yang lebih kukuh dan kuat untuk proses demokrasi berpalimen yang lebuh matang dengan menginstitusikan sistem dua perikatan dan peralihan kuasa yang aman melalui proses demokratik.
Tanpa “batu asas” ini, Malaysia tidak langsung dapat bercakap tentang menjadi “demokrasi terbaik dunia” sepertimana yang telah didakwa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam ucapan dasar presiden, Najib berkata:
“Pilihanraya inilah yang akan mencorakkan rupawajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita. Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis.”
Continue reading “UMNO tidak mampu untuk berubah melainkan mereka dihantar ke bangku Pembangkang pada PRU13”