Dalam pusingan akhir menuju PRU13, pemimpin-pemimpin PR sepatutnya memberikan sepenuh fokus kepada memenangi sokongan majoriti rakyat Malaysia terhadap Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan tidak jatuh ke dalam perangkap ‘Pecah dan Perintah’ Umno/Barisan Nasional.
Biarlah kita dipandu oleh Kenyataan Bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sewaktu Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 2008 yang menegaskan semula landasan perpaduan, komitmen dan persetujuan PR untuk melaksanakan sebuah agenda bagi membangunkan negara dan mewujudkan masyarakat yang makmur berdasarkan keadilan, kebebasan, demokrasi dan tadbir urus yang baik, tanpa mengira kaum, agama dan budaya.
Kenyataan Bersama pemimpin-pemimpin PR bertarikh 12 April 2008, yang terpahat padanya tandatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Datuk Seri Hadi Awang dan saya sendiri, menyatakan:
“Dasar-dasar Pakatan adalah berpaksikan kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dan disepakati oleh semua pemimpin tiga parti iaitu, KeADILan, DAP dan PAS. Antaranya ialah membina negara ini atas landasan keadilan, membuka peluang untuk semua rakyat menikmati kemakmuran negara dengan memberi keutamaan kepada mereka yang miskin dan terpinggir.” Continue reading “Pemimpin-pemimpin PR sepatutnya memberikan sepenuh fokus kepada memenangi sokongan majoriti rakyat Malaysia terhadap Dasar Bersama PR”