— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Oct 01, 2012
1 OKT — Najib Razak setiap hari keluar berkempen memaki hamun semua parti-parti yang dalam PR dan kerajaan negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat. Bagi kita yang sudah berumur dan ada sedikit pengalaman berpolitik ini memahami apa yang ada di dalam hati dan sanubari pemimpin utama negara kita itu. Beliau gentar dan resah gelisah.
Cara beliau bercakap bergegar-gegar itu tidak lebih dan tidak kurang menunjukkan yang beliau amat gelisah dengan apa yang berlaku dikalangan rakyat akar umbi. Najib sedang panik dan masih tidak berkeyakinan yang BN akan mendapat mandat kali ini walaupun berbillion-billion ringgit telah dibelanjakan membeli hati dan jiwa rakyat sekalian.
Cara beliau berucap tidak menampakkan yang beliau seorang Perdana Menteri. Mungkin beliau terlupa sekejap yang beliau itu Perdana Menteri kerana selalunya pemimpin utama negara akan bercakap dengan nada yang rendah tapi meyakinkan. Di Pulau Pinang semalam Najib bercakap dengan nada yang begitu tinggi dan nampak jelas beliau terlalu banyak kelemahan yang beliau mahu lindungi dari pandangan rakyat. Beliau mempunyai banyak perkara yang putus yang perlu di sambung dan yang koyak untuk ditampal.
Setiap malam tidak ada orang lain dikaca TV selain dari Najib berkempen melaluinya. Bahan kempennya tidak lain hanya memperlekehkan pentadbiran semua kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Najib tidak nampak apa kebaikan yang telah dilakukan oleh PR di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah serta Kelantan. Najib amat resah dengan pengaruh kerajaan-kerajaan negeri dalam PR kerana kerajaan Pakatan Rakyat melakukan pembersihan segala politik dan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu. Continue reading “Mahal betul harga nak kekalkan BN dan Najib”