Mengundi Umno itu bukan wajib hukumnya! (Bhg. 1)

Oleh Sakmongkol AK47 | September 26, 2012
The Malaysian Insider

26 SEPT — Rakyat sudah bertanya, kenapa kita mesti mengundi Umno? Ye — kenapa mesti? Why at all? Adakah orang Melayu akan mati jika tidak menyokong Umno?

Umno guna 3 isi — bangsa, agama, raja Melayu. Bangsa Melayu akan terancam jika Umno kalah. Agama Islam akan tergugat jika Umno kalah, dan Raja Melayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan.

Jika Umno bercakap kepada rakyat bodoh, mungkin pembohongan mereka akan berjaya. Jika semua orang baca Utusan Malaysia sahaja dan tonton TV3 sahaja, mungkin juga penipuan mereka akan berjaya.

Tapi ini zaman, rakyat yang bijak. rakyat terdedah kepada internet. Mereka baca harakah, Roket dan Suara Keadilan. Orang tak baca Straits Times yang tidak ada kredibiliti. Orang tak baca Utusan Malaysia atau Berita Hairan yang jadi saluran propaganda murahan Umno.

Zaman ini, rakyat ada pilihan. Dan essence atau pati amalan demokrasi ialah kebebasan membuat pilihan. Demokrasi sebenarnya adalah kaedah yang rakyat boleh pilih untuk menyekat konsentrasi kuasa. Kerana bila konsentrasi kuasa berlaku, rakyat di sombongi, di picit, ramas dan kena tindas.

Itu sebab ada suara alternative yang berani dan lantang. Kerana keberanian dan kelantangan menghasilkan lapuran dan pencabaran merupakan senjata terbaik yang rakyat ada untuk melawan konsentrasi kuasa.

Apa pasal orang tak baca akhbar arus perdana? Kerana akhbar-akhbar arus perdana mengamalkan mediakrasi — yakni propaganda yang bertopengkan objektiviti kewartawanan. Ya — mereka mahu tawan minda orang Melayu melalui propaganda murahan. Dan pendukong propaganda murahan ini adalah pelacurwartawan murahan yang puji memuji antara satu sama lain tentang kehebatan mereka!

Kini rakyat sedar bahawa mediakrasi mewakili jiwa pengecut dan kekomanan. Mediakrasi menyokong kejahatan dan salahlaku.

Apa yang berlaku dalam zaman rakyat bijak hari ini? Anak-anak mereka pergi ke kolej dan university dan balik rumah beritahu ibu bapa apa yang terjadi. Rakyat setuju bahawa Umno guna segala tipu helah ini kerana kedudukan mereka dan bukan orang Melayu yang terancam.

Mari kita musnahkan tahyul yang dijaja oleh Umno.

Masa depan Melayu. Rakyat Kelantan sudah membuktikan mereka terus hidup tanpa Umno jadi kerajaan. Tidak ada orang Melayu mati bila DAP memerintah Penang. Kenapa baru sekarang Umno sedar KM Pulau Pinang itu seorang Cina, sedangkan sejak dari Perikatan sehingga BN tewas tahun 2008, semua KM Pulau Pinang adalah orang Cina. Ada kita tengok orang Melayu mati apabila PAS memerintah Kedah? Ada kita tengok orang Melayu bergelimpangan mati bila PR memerintah Selangor? ada kita tengok Raja-Raja Melayu dihina dan diaibkan dalam negeri-negeri yang di perintah PR?

Apa pengajaran yang rakyat lihat bila PR memerintah Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor? semua rakyat boleh lihat bahawa mereka boleh ada masa depan yang lebih baik dari apa yang Umno janjikan. Dan janji Pekatan Rakyat didasari oleh rekod baik mereka, manakala janji Najib dan Umno dicemari oleh pencabulan dan kejahatan keatas rakyat. Jadi Najib akhirnya hanya boleh buat janji yang rakyat tidak percaya dan hanya mampu menunjukkan jari telunjuk ke udara? Dato Seri- satu jari sahaja cukup ke?

Dr Mahathir menulis panjang lebar mengenai bahaya Melayu berpecah. Sayang nya penyebab Melayu jadi cair dan lunyai ialah angkara Dr Mahathir sendiri. Dr Mahathir tidak percaya kepada orang Melayu. Sebab itu dia lakukan persempadanan dan dilute konsentrasi pengundi Melayu. Siapa yang dia bawa untuk mencairkan konsentrasi orang Melayu? Orang Cina dan India. Konsentrasi Melayu dipecah pecahkan. Jadi kepaduan Melayu jadi cair. Arkitek kepada pencairan ini ialah Dr Mahathir dan hari ini, penyebab luntur nya orang Melayu mahu bercakap mengenai perpaduan orang Melayu?

Kebenaran nya ialah orang Melayu mahu bersatu dibawah PR terutama PAS. Mereka tidak mahukan Umno, parti syaitan yang bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa. Zaman dimana pemimpin Melayu berkerja dengan penuh dedikasi untuk mencapai seruan hari ini diganti dengan gerombolan pemimpin yang mengejar kepentingan peribadi dan keluarga. Setiap pemimpin Umno yang berkuasa adalah korap dan rasuah. Mengapa orang Melayu mesti menyokong mereka?

Jadi apa yang dirisaukan oleh orang Melayu kalau Umno dibuang? Masa depan orang Melayu lebih terbela dibawah PAS dan PR daripada duduk dibawah Umno. Umno memperjuangkan orang Melayu yang istimewa dan terpilih. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

Leave a Reply