Zairil Khir Johari
Malaysiakini
Ogos 9 2012
ULASAN
Walaupun sudah dua kali didapati bersalah oleh mahkamah kerana menyiarkan laporan-laporan yang berunsur fitnah terhadap ketua menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, akhbar Utusan Malaysia tampaknya masih tidak serik.
Dengan tajuk sensasi, “Haram sokong DAP” pada muka hadapan serta laporan susulan di muka surat dalaman, Utusan Malaysia telah menyiarkan beberapa tuduhan liar seperti yang dipetik di bawah:
Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
“Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata…”
(Dipetik daripada “Haram, berdosa undi DAP”, mukas urat 5, Utusan Malaysia 8 Ogos 2012.)
Adalah jelas di sini bahawa laporan tersebut bermotif politik dan bertujuan untuk menabur fitnah dan implikasi bahawa:
1.DAP merupakan parti yang haram.
2.DAP tidak menerima Perlembagaan Persekutuan.
3.DAP merupakan parti kafir harbi. Continue reading “Isu haram undi DAP: ‘Utusan tak serik’”