— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Aug 10, 2012
10 OGOS — Dr Mahathir Mohamad telah membuatkan rakyat sebenar Sabah merasa tersinggung kerana kenyataan beliau (Dr Mahathir) bahawa pendatang yang telah lama datang ke Sabah diberikan kerakyatan kerana mereka sudah pandai berbahasa Melayu. Alasan untuk memberikan kerakyatan kepada pendatang ini amat memilukan kita sebagai rakyat negara yang merdeka dan kononnya sedang menuju kemajuan setanding dengan negara-negara maju.
Ketua Penerangan Parti UPKO, Datuk Donald Peter Mojuntin, telah membidas Dr Mahathir kerana tidak sensitif terhadap perasaan rakyat khususnya rakyat Sabah. Bekas Perdana Menteri itu tidak memahami bahawa isu pendatang yang terlalu ramai ini akan menjejaskan keselamatan negara kita akhirnya. Kini seramai 27 peratus daripada keseluruhan rakyat Sabah terdiri daripada pendatang asing khususnya dari Filipina. Ratusan ribu yang lain yang menetap di Sabah secara haram dan tidak ada apa-apa tindakan dari pihak kementerian keselamatan dalam negeri. Ianya amat mengerikan.
Buat kita dari semenanjung yang datang ke Sabah terpaksa menggunakan passport antarabangsa atau kad pengenalan. Tetapi itu tidak mengapa kerana itu merupakan salah satu syarat sebelum Sabah menyertai persekutuan ini. Kita ikut sahajalah undang-undang itu. Tetapi ratusan ribu rakyat asing yang datang tanpa izin dengan senang lenang duduk di Sabah tanpa apa-apa tindakan terhadap mereka.
Mereka (pendatang) ini telah diberikan kad pengenalan melalui projek IC yang telah membiarkan pendatang asing masuk ke Sabah tanpa dokumen perjalanan sah dengan bebas tanpa sekatan. Sebab mereka diberikan kad pengenalan ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana politik BN untuk mengekalkan kuasa dan perkara ini berlaku dari zaman pemerintahan Dr Mahathir. Continue reading “Dr M mempunyai ‘migrant mentality’”