— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Aug 06, 2012
6 OGOS — Perkembangan politik di Sabah akhir-akhir ini amat menarik dan menjadi tumpuan ramai. Dengan perkembangan terakhir ini tidak dapat lagi dinafikan yang BN Sabah sedang menerima tekanan yang amat berat untuk mempertahankan mandat yang ada kepada mereka (BN) apabila PRU sampai masanya untuk di adakan.
Musa Aman, pengerusi BN Sabah berkata penghijrahan Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing tidak langsung menjejaskan BN di Sabah. Kita faham yang kenyataan beliau (Musa) itu hanya lah satu kenyataan politik yang liar sahaja.
Isu yang menyebabkan BN Sabah khususnya Umno tidak lagi mendapat perhatian rakyat sekarang ini terlalu banyak sehinggakan kita tidak dapat memahami di antara sebab atau alasan yang menyebabkan penolakan rakyat yang begitu ketara terjadi. Tetapi yang paling nyata sekali ialah isu peribadi Musa Aman sendiri yang tidak lagi sanggup diterima oleh rakyat Sabah sebagai pemimpin utama mereka. DAN pemimpin ini jugalah yang dipertahankan bermati-matian oleh Najib.
Tetapi kalau Umno itu Umno juga. Parti itu sememangnya terlalu leka dengan mempertahankan pimpinan yang diragui rakyat sejak tiga dekad yang lalu. Umno tidak dapat menerima bahawa politik ini adalah peperangan mental dan jika Musa yang sudah dipersepsikan sebagai laibiliti kepada BN sepatutnya mengundurkan diri atau dipaksa oleh pimpinan tertinggi Umno untuk berundur. Continue reading “Keruh di hulu, keruh lah di hilir”