(Opening speech by DAP Secretary-General/Penang Chief Minister Lim Guan Eng at the debate with MCA President Datuk Dr. Chua Soi Lek on “DAP & MCA: Whose Policies Benefit the Country More?” at Sunway Pyramid Convention Centre on Sunday, July 8, 2012 at 2.30 pm)
CEO of ASLI Tan Sri Michael Yeoh, my learned opponent, ladies and gentlemen: Salam bersih kepada semua.
Kita berkumpul di sini untuk menentukan dasar parti manakah yang lebih boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Seharusnya, satu perbahasan patut diadakan di antara Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, dan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Malangnya Perdana Menteri enggan berbahas dengan Anwar. Adakah Najib enggan berbahas dengan Anwar kerana beliau bimbang selepas perbahasan, rakyat akan membuat pernilaian bahawa Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri Malaysia?
In fact, MCA is not qualified to be here to discuss about policies because MCA does not decide, it is UMNO that decides. MCA claims to speak only for the Chinese, and yet only the Chinese in the Peninsula, and not the Chinese in Sabah and Sarawak. This is different from the DAP, that wants to speak for all Malaysians. DAP mahu bersuara untuk semua orang Malaysia: Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban, kerana kita semua rakyat Malaysia, bukan macam MCA, yang kononnya mahu mewakili orang Cina sahaja.
Mengapakah mesti kita terus dipecahbelahkan mengikut kaum dan agama? Inilah kejayaan terbesar UMNO. Mereka mahu kita takut satu sama lain supaya BN boleh terus merompak harta dan kekayaan Malaysia. Tengoklah skandal lembu dan kondo. Pak cik yang ternak lembu sepanjang masa tidak dapat pinjaman berjuta-juta ringgit, tapi keluarga menteri yang tak pernah ternak lembu boleh mendapat pinjaman 250 juta ringgit yang disalahgunakan untuk beli kondo pula. Jangan-jangan orang Singapura yang ada banyak kondo nak datang ke Malaysia belajar macam mana ternak lembu di kondo. Skandal PKFZ sebanyak 12.5 bilion ringgit telah melibatkan pemimpin tertinggi MCA tetapi ahli politik yang aktif tidak dibawa ke mahkamah. Semua skandal ini MCA tidak bersuara tetapi sokong buta sahaja. Kedudukan Malaysia telah jatuh dalam persepsi rasuah Transparency International daripada 37 dalam tahun 2003 kepada 60 tahun lepas (2011).
Kita harus bersatupadu sebagai anak Malaysia. Kalau kita terus dipecahbelahkan, hanya kroni-kroni dan orang-orang ataslah yang untung. Kalau kita bersatupadu, baru dapatlah kita semua menikmati hasil kejayaan ekonomi Malaysia.
Mengapakah hanya pemimpin Melayu yang boleh membela hak orang Melayu, hanya pemimpin Cina yang boleh membela hak orang Cina. Tibalah masanya untuk pemimpin-pemimpin membela hak semua rakyat Malaysia dan membantu satu sama lain. Continue reading “PR vs BN – future vs the past”